Aktiviti Sepanjang Tahun 2009

 

Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1430 Hijrah / 2009 Masehi diadakan pada 11 Mei 2009. Majlis ini telah dirasmikan oleh                                          YBhg. Ustaz Hj Mohd Fakrurazi Ab Rahman  Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Kota Bharu  / Pendidikan Islam dan Moral. Beliau menyampaikan ceramah yang bertemakan "Wahdah Pemangkin Khaira Ummah" sikit sebanyak telah memberi ilmu tentang sifat-sifat RasululLah.
 
Mesyuarat Agong PIBG kali ke 26 juga diadakan pada 11 Mei 2009, jam 3.00 petang. Majlis ini telah dirasmian oleh wakil dari PPD Kota Bharu. Antara agenda  Mesyuarat pada kali ini berkaitan dengan bayaran, buku kerja sekolah pelajar, keselamatan pelajar.
 
Temasya Sukan Tahunan SKM 2009 berlangsung dengan penuh meriah dan ceria pada 6 Mei 2009.Majlis ini dirasmian oleh wakil dari PPD. Berbagai acara diadakan bagi memeriahkan Temasya sukan kali ini, selain acara bagi pelajar sekolah, acara untuk guru-guru dan ibubapa juga diadakan serta kanak-kanak.Acara sukan berlangsung dari pagi hingga kepetang.
 
Majlid Sambutan Hari Guru peringkat SKM berlangsung pada 17 Mei 2009. Tema Hari Guru pada Tahun ini ialah "Guru Pembina Negara Bangsa". Acara sukaneka dan acara dewan disediakan untuk memeriahkan lagi Sambutan Hari Guru ini.
 
Pada 28 hingga 30 Mei 2009, Program Motivasi Pelajar Tahun Enam (Pelajar UPSR). Program ini dirasmikan oleh Drs Amran Hj Mustafa(Penolong Pengarah Unit Sekolah Rendah JPN Kelantan). Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar cara-cara menjawab soalan dan bermotivasi diri dalam menghadapi peperiksaan.