KAUNSELING

Shah Jehan : Kisah kasih sayang yang terkenal

20/04/2005 1:55 p.m.

MANUSIA dianugerahkan dengan sifat baik seperti kasih sayang. Mereka juga ada sifat buruk seperti dengki, berdendam dan sebagainya.

Ada yang berdendam hingga berbunuhan seperti di antara orang Palestin dengan Yahudi walaupun mereka mempunyai asal sejarah yang sama.

Sebaliknya berlaku kisah kasih sayang atau cinta yang begitu mendalam di antara dua insan lelaki dan perempuan.

Dalam sejarah terdapat contoh seperti kasih sayang yang mendalam di antara seorang suami terhadap isterinya.

Di India terdapat seorang raja bernama Shah Jehan yang sangat sayang isterinya.

Kasih sayangnya terlalu mendalam hingga apabila isterinya meninggal dibinanya seorang bangunan yang indah.

Bangunan ini merupakan salah satu tujuh ciptaan manusia yang teristimewa di dunia.

Bangunan ini adalah dibina khas untuk memperingati kematian isterinya.

Bangunan ini dipanggil Taj Mahal di Agra utara India.

Di Malaysia terdapat juga cerita yang hampir sama.

Seorang suami berbangsa Inggeris telah membina istana untuk isterinya Kelly.

Bangunan yang tidak dapat disiapkan kerana ia jatuh sakit dan meninggal dikenali sebagai Kelly Castle dekat Bandar Ipoh.

Istana ini dibina untuk menandakan bahawa ia begitu mengasihi isterinya.

Semasa kesultanan Melayu Melaka pula terdapat cerita seorang sultan yang mencintai puteri gunung Ledang.

Untuk mendapatkan puteri tersebut ia terpaksa berkorban.

Antara pengorbanannya ialah menyediakan tujuh dulang hati nyamuk, tujuh tempayan air pinang muda dan membina jambatan emas dari kaki gunung ledang ke istana Melaka.

Tetapi permintaan puteri gunung Ledang yang terakhir ialah tujuh mangkuk darah sultan tidak dapat dipenuhi oleh sultan.

Adakah ini satu tanda yang kasih sayang itu ada batasannya? Atau satu tanda bahawa kasih sayang sejati itu perlukan banyak pengorbanan?

Pengorbanan tersebut boleh memakan masa yang lama, boleh membuat seseorang itu menderita.

Seperti kata-kata dari penyanyi terkenal Allahyarham P.Ramlee dalam filem klasiknya bertajuk Anakku Sazali iaitu ``Berkorban apa sahaja Harta atau nyawa.''