Menu

  Pentadbiran
   » Kurikulum
   » Hal Ehwal Pelajar
   » Ko Kurikulum
  UPSR
  » Analisa
  » Aktiviti
  Profil Sekolah
   » Sejarah
   » Visi
   » Misi
   » Piagam Pelanggan
   » Lencana
   » Bendera
   » Lagu
   » Lokasi
   » Pelan Kawasan

  Staf

  » Guru
   » Kakitangan bukan guru
  PIBG
   » AJK
   » Aktiviti
  Album
   » Aktiviti
   » Panorama
  Arkib
   » Senarai Guru Besar

   » Banner

  Umum

  » Bimbingan & Kaunseling

  » Sudut Pengetahuan Agama

Selamat Datang ke Laman Web SK Mentuan, Terima Kasih

 
Renungan

RENUNGAN

Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan.

 

 

Akhlak Muslim
 
Tujuan Akhlak ;

     Tamaddun sesebuah masyarakat akan diperakui kehebatannya oleh seluruh manusia dan di sisi Allah jika masyarakatnya mempunyai akhlak yang mulia. Ia merupakan struktur asas sesuatu bangsa untuk membentuk suatu masyarakat yang harmoni dan berwawasan.

 
Amal Soleh Pembersih Jiwa ;

     Matlamat Islam adalah untuk memelihara manusia daripada godaan syaitan. Amal soleh akan mewujudkan insan yang berakhlak dan membawa kesejahteraan kepada manusia. Firman Allah Taala yang bermaksud,  "Sesungguhnya berjayalah orang yang  (menerima peringatan itu berusaha) membersihkan dirinya (dengan taat dan amal soleh)". (surah Al-A'la : Ayat 14)

 
Amal Jariah ;

     Amal jariah bermakna belas kasihan dan kebaikkan hati . Al-Quran memberi penekanan berkenaan matlamat bekerja dan golongan yang berhak menerima sedekah dan menyeru manusia berbuat kebaikan agar mereka mencapai kemuliaan. Allah Taala berfirman yang bermaksud, "Jika kamu berbuat kebaikan, (faedah) yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu. Jika kamu berbuat kejahatan maka kesan buruk berbalik kepada diri kamu juga". Surah Al-Isra' : Ayat 7)

 
Taqwa ;

     Berbagai istilah perkataan taqwa digunakan dalam Al-Quran yang menyentuh persoalan moral dan sosial. Orang-orang yang bertaqwa akan memelihara diri mereka dari melakukan perkara-pekara kemurkaan dan azab Allah di dunia dan di akhirat. Firman Allah Taala yang bermaksud,"Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah Taala dengan sebenar-benar taqwa dan janganlah kamu mati selain dalam keadaan Islam". (Surah Ali-Imran : Ayat 102).

 
Pemaaf ;

     Satu sifat yang patut dipuji yang lahir dari hati yang suci dan fikiran yang waras. Ia memelihara kesabaran insan ketika berhadapan dengan kekejaman dan kezaliman. Kekejaman yang dilakukan berpunca dari perasaan sakit hati dan fikiran yang dipengaruhi oleh syaitan.

 
Jujur ;

     Ia merupakan salah satu asas penubuhan sesebuah masyarakat. Tanpanya stabiliti sosial dan keyakinan di kalangan masyarakat tidak akan terjamin. kejujuran juga melambangkan identiti sesuatu masyarakat, bangsa dan negara.

 
Berbaik-baik Sesama Manusia ;

     Satu sifat terpuji lahir dari hati yang menitik beratkan kasih sayang kepada orang lain. Allah mengajak manusia berbuat baik sesama orang beriman dihubungkan atas dasar persaudaraan Islam. Firman Allah yang bermaksug, "Sebenarnya orang-orang yang beriman itu bersaudara, maka damaikanlah antara dua saudara kamu (yang bertelagah) dan bertaqwalah kamu kepada Allah, supaya kamu beroleh rahmat (dariNya)". (Surah Al-Hujurat : Ayat 10)

 
Menentang Hawa Nafsu ;

     Objektif ajaran Islam adalah mengawal perasaan jahat manusia yang dipengaruhi oleh berbagai keinginan hawa (nafsu) dan perasaan. Kegagalan mengawalnya akan merosakkan peraturan semulajadi kehidupan yang sepatutnya diperintah secara seimbang dan harmoni.

 
Tidak Takbur ;

     Takbur adalah satu gejala sosial yang meyamai bibit perpisahan dan permusuhan di kalangan individu. Ia menghentikan semangat kerjasama dan persahabatan sesama manusia. Orang takbur merupakan manusia yang paling keras hati untuk mematuhi segala perintah Allah.

 
Asmaul Husna

 
 

 

 
 
 
 
 
   
 

 

 
     

SK. Mentuan, Jalan Sultan Omar, Kubang Kerian, 16150 Kota Bharu, Kelantan.

Telefon  : 09-7652022, Fax : 09-7642022 / email:skmentuan@yahoo.com