Menu

  Pentadbiran
   » Kurikulum
   » Hal Ehwal Pelajar
   » Ko Kurikulum
  UPSR
  » Analisa
  » Aktiviti
  Profil Sekolah
   » Sejarah
   » Visi
   » Misi
   » Piagam Pelanggan
   » Lencana
   » Bendera
   » Lagu
   » Lokasi
   » Pelan Kawasan

  Staf

  » Guru
   » Kakitangan bukan guru
  PIBG
   » AJK
   » Aktiviti
  Album
   » Aktiviti
   » Panorama
  Arkib
   » Senarai Guru Besar

   » Banner

  Umum

  » Bimbingan & Kaunseling

  » Sudut Pengetahuan Agama

Selamat Datang ke Laman Web SK Mentuan, Terima Kasih

 
Renungan

RENUNGAN

"Ilmu itu adalah cahaya, ia akan mudah dicapai dengan hati yang taqwa dan khusuk". Imam Malik

 

 

Mazhab-mazhab Dalam Islam
 
IMAM SYAFI'E (150-240H / 717-820M)

     Nama penuh beliau ialah Muhammad b. Idris Asy Syafi'e. Beliau dilahirkan di Ghazzah pada tahun 150H, bertepatan tahun wafatnya Imam Abu Hanifah. Meskipun ia dibesarkan dalam keluarga yang yatim dan msikin, itu tidak menjadikan beliau merasa rendah diri, apalagi malas. Sebaliknya beliau terus bergiat mempelajari hadith dari ulamak-ulamak hadith yang ramai terdapat di Mekah ketika itu. Pada usianya yang masih kecil, beliau telah dapat menghafaz Al-Quran.  

      Pada usianya dua puluh tahun, beliau telah berguru dengan Imam Malik dalam ilmu Fiqh dan Hadith di Madinah. Seterusnya beliau telah pergi ke Iraq dan berguru dengan sahabat-sahabat Imam Abu Hanifah. Dalam perantauan itu, beliau juga sempat mengunjungi Farsi dan beberapa tempat yang lain mendalamai ilmunya.

     Setelah wafat Imam Malik (179M), beliau kemudian pergi ke Yaman untuk mengajar ilmu di sana bersama Harun Al-Rasyid yang kemudiannya telah mengundang beliau ke Baghdad.

     Pada tahun 198H, beliau pergi ke negeri Mesir dan mengajar di Masjid Amru b. As. Beliau juga menulis kitab Al-Umm, Amali Kubra, Kitab Risalah, Usul Al Fiqh dan memperkenalkan Qaul Jadid sebagai mazhab baru. Adapun dalam menyusun Kitab Usul Fiqh, Imam Syafi'e dikenali sebagai orang yang pertama dalam mempelopori penulisan dalam bidang tersebut. Akhirnya beliau wafat di sana.

 
IMAM AHMAD HAMBALI (164-241H / 780-855M)

     Nama penuh Imam Ahmad Hambali adalah Abu Abdullah Ahmad b. Muhammad b. Hambal b. Bilal Al-Syaibani. Beliau dilahirkan di Baghdad. Beliau dibesarkan dalam keadaaan oleh ibunya. Ayahnya telah meninggal dunia ketika beliau masih bayi. Sejak kecil beliau telah menunjukkan sifat dan peribadi mulia sehingga menarik simpati ramai orang serta menunjukkan minat yang mendalam kepada ilmu pengetahuan.

     Beliau memulai dengan belajar menghafaz Al-Quran, kemudian bahasa Arab,Hadith, sejarah Nabi dan sahabat serta para tabi'in. Untuk mendalamkan ilmunya, beliau pergi ke Basrah dan berguru dengan Imam Syafi'e. Beliau juga menuntut ilmu di Mesir dan Yaman. Di antara guru beliau adalah Yusuf Al-Hassan b. Ziad, Hussain, Umair, Ibnu Humam dan Ibnu Abbas.

     Beliau banyak mempelajari dan meriwayatkan hadith dan tidak mengambil hadith yang telah jelas sahihnya. Beliau berhasil mengarang kitab hadith yang terkenal bernama "Musuad Ahmad Hambali". Beliau mula mengajar ketika berusia 40 tahun. Pada masa pemerintahan Al-Muktasim (Khalifah Abbasiah) beliau dipenjarakan kerana bersependapat dengan fahaman yang mengatakan bahawa Al-Quran adalah makhluk. Beliau dibebaskan pada masa pemerintahan Khalifah Al-Mutawakkil. Imam Ahmad wafat di Baghdad pada usianya 77 tahun.

 
IMAM MALIK B. ANAS (93179H /172-258M)

     Imam Malik b. Anas adalah pengasas Mazhab Maliki yang dilahirkan di Madinah. Beliau berasal dari kabilah Yamaniah. Sejak kecil beliau telah menghafaz Al-Quran dan ibunya sentiasa mendorong beliau agar sentiasa giat menuntut ilmu. Mulanya beliau belajar dari Ribiah, seorang ulamak yang terkenal pada masa itu. Beliau juga mendalami ilmu hadith daripada Syihab di samping mempelajari ilmu Fiqh daripada sahabat.

     Kerana ketekunan dan kecerdasanya, beliau terkemuka dalam bidang ilmu Hadith dan Fiqh serta sangat berhati-hati dalam memberi fatwa. Beliau meneliti Hadith-hadith Rasulullah s.a.w. dan bermusyawarah dengan ulamak lain, sebelum memberi fatwa atas sesuatu masalah. Diriwayatkan beliau mempunyai 70 orang yang biasa diajak bermusyawarah untuk mengeluarkan fatwa.

     Imam Malik mempunyai daya ingatan yang sangat kuat. Pernah beliau mendengar 31 Hadith dari Ibnu Syihab tanpa menulisnya dan bila diminta mengulanginya tidak satu dilupakannya. Beliau pernah berkata "Ilmu itu adalah cahaya, ia akan mudah dicapai dengan hati yang taqwa dan khusuk". Beliau juga menasihati agar menghindari keraguan, katanya, "Sebaik-baik pekerjaan ialah yang jelas, jika salah satu darinya meragukanmu, maka kerjakanlah yang lebih yakin menurutmu".

     Antara kitab karangan beliau yang termasyhur ialah Al-Muwatha, merupakan kitab Hadith dan Fiqh. Imam Malik wafat pada usia 86 tahun. Namun demikian Mazhab Maliki tersebar luas dan banyak diamal di setiap penjuru dunia.

 
IMAM ABU HANIFAH (80-150H /699-767M)

     Abu Hanifah An-Nukman b. Tsabit b. Zufi'at At-Tamimi adalah pengasas Mazhab Hanafi. Dilahirkan di Kufah pada masa pemerintahan Al-Khalid b. Abd Malik. Sejak kanak-kanak lagi beliau telah mengkaji dan menghafaz Al-Quran. Untuk memdalami lagi pengetahuan tentang Al-Quran, beliau telah berguru dengan Imam A'sim, seorang ulamak yang terkenal pada masa itu.

     Beliau juga mempelajari ilmu Fiqh dari sahabat-sahabat Nabi s.a.w. diantaranya dengan Anas b. Malik, Abdullah b. Aufa', Abu Tufail b. Amir sebagainya. Dari mereka ini beliau juga mendalami ilmu Hadith. Belaiu sangat tekun dalam mempelajari ilmu contohnya, beliau pernah belajar Fiqh dengan seorang ulamak yang paling terkenal pada masa itu iaitu Humad b. Abu Sulaiman, tidak kurang dari 18 tahun lamanya.

     10 dan tahun selepas kewafatan gurunya (130H) beliau pergi ke Mekah. Di sana beliau telah berguru denga salah seorang murid Abdullah b. Abbas r.a. Imam Hanifah sangat terkenal sebagai seorang yang sangat dalam ilmunya, ahli zuhud, tawadhuk dan sangat teguh memegang ajaran agama. Beliau tidak tertarik kepada jawatan rasmi kerajaan sehingga beliau pernah menolak tawaran sebagai hakim yang ditawarkan oleh Al-Mansur. Diriwayatkan kerana penolakkannya itu beliau kemudiannya dipenjarakan hingga ke akhir hayatnya.

     Beliau wafat pada usia 70 tahun dan dimakamkan di perkuburan Khizra. Pada tahun 450H / 1066M, didirikan sebuah sekolah bernama Jami' Abu Hanifah. Di antara kitab karangan beliau ialah Al-Musu'un, Al-Makha'rij dan Fiqh Akhbar.

 
Asmaul Husna

 
 

 

 
 
   
 

 

 
     

SK. Mentuan, Jalan Sultan Omar, Kubang Kerian, 16150 Kota Bharu, Kelantan.

Telefon  : 09-7652022, Fax : 09-7642022 / email:skmentuan@yahoo.com