Menu

  Pentadbiran
   » Kurikulum
   » Hal Ehwal Pelajar
   » Ko Kurikulum
  UPSR
  » Analisa
  » Aktiviti
  Profil Sekolah
   » Sejarah
   » Visi
   » Misi
   » Piagam Pelanggan
   » Lencana
   » Bendera
   » Lagu
   » Lokasi
   » Pelan Kawasan

  Staf

  » Guru
   » Kakitangan bukan guru
  PIBG
   » AJK
   » Aktiviti
  Album
   » Aktiviti
   » Panorama
  Arkib
   » Senarai Guru Besar

   » Banner

  Umum

  » Bimbingan & Kaunseling

  » Pengetahuan Agama

Selamat Datang ke Laman Web SK Mentuan, Terima Kasih

 
Renungan

RENUNGAN

Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan.

 

 

Fadhilat Surah-surah
     
 

     Fadhilat surah yang dikemukakan di bawah ini merupakan antara sebahagian dari keistimewaannya yang dihimpunkan dari hadith-hadith Nabi s.a.w dan kitab-kitab muktabar. Segala khasiat dan kelebihannya yang terdapat di bawah ini tidak akan berlaku tanpa izin dari Allah Taala.

   
  SURAH AL-FATIHAH
1. Membacanya akan beroleh pahala seperti membaca seluruh Al-Quran
2.

Membaca 70 kali selama 7 hari dalam keadaan berwudhuk lalu ditiupkan padaair suci lalu diminumnya nescaya akan memperolehi ilmu dan hikmah serta hatinya dibersihkan dari fikiran yang merosakkan.

3.

Membaca 41 kali selama 40 hari antara solat sunat dan solat fardhu, Insya Allah segala hajatnya akan dimakbulkan.

4.

Mengamalkan membacanya 20 kali setiap solat fardhu InsyaAllah akan diluaskan rezekinya, dibaiki akhlaknya, dihilangkan kesusahannya serta mendapat berkat dan kemuliaan.

5. Membaca 41 kali dapat mengubat sakit mata, gigi, perut dan lain-lain.
6.

Seandainya ditulis dengan huruf arab pada tempat putih lagi suci lalu dihapuskan dengan air lalu diberi minum pada sipelupa, Insya Allah akan hilang sifat pelupanya.

7.

Seandainya dibaca 7 kali pada air dan sedikit garam lalu diberi minum kepada orang yang terkena sengatan binatang berbisa, Insya Allah akan sembuh.

   
  AYAT QURSI (AL-BAQARAH)
1.

Sesiapa membacanya Allah akan utusankan malaikat menulis kebaikkannya dan menghapuskan keburukkan dari saat ia membacanya hingga keesokkan hari.

2.

Jika membaca ketika hendak tidur akan dijaga oleh dua malaikat hingga ke pagi.

3.

Jika dibaca untuk dihadiahkan kepada ahli-ahli kubur Insya Allah akan dimasukkan 40 nur ke dalam setiap kubur dan Allah luaskan kubur itu serta didapatkan pahala 60 nabi.

4.

Apabila dibaca setiap kali selesai solat fardhu, Insya Allah malaikat maut akan diperintahkan berhati-hati dalam mencabut nyawanya dan dia seperti mujahid yang berperang membela para nabi hingga syahid

5.

Jika dibaca ketika menghadapi kesusahan Insya Allah ia akan mendapat pertolongan dari-Nya

6.

Mengamalkan membacanya setiap selesai solat fardhu sebanyak 7 atau 11 kali, Insya Allah mendapat keistimewaan masuk syurga dari pintu mana yang disukainya.

   
  SURAH YASIN
1. Membaca yasin pahalanya seperti membaca Al-Quran 10 kali
2.

Nabi Muhammad s.a.w. menyarankan agar surah yasin itu ada di dalam hati tiap insan dari umatnya

3. Antara keberkatan surah yasin ;
a. Jika lapar akan merasa kenyang
b. Jika haus akan hilang rasa dahaganya
c. Jika bujang akan cepat datang jodohnya
d. Jika sakit akan segera sembuh
e. Jika mengembara akan terpelihara keamanan disepanjang perjalannya itu.
f. Jika sesat akan ditunjukkan jalan keluar
g. Jika barangnya hilang akan mendapat kembali barang yang hilang itu
h. Jika takut akan merasa aman dan tenang
   
4. Membaca pada setiap malam terutamanya malam Jumaat akan diampuni segala dosa-dosanya (yang kecil)
   
  SURAH ALI  IMRAN
1. Membaca pada hari Jumaat, InsyaAllah para Malaikat akan memohonkan keampunan untuknya sampai malam hari
   
Asmaul Husna

 
 
 
     

SK. Mentuan, Jalan Sultan Omar, Kubang Kerian, 16150 Kota Bharu, Kelantan.

Telefon  : 09-7652022, Fax : 09-7642022 / email:skmentuan@yahoo.com