Menu

  Pentadbiran
   » Kurikulum
   » Hal Ehwal Pelajar
   » Ko Kurikulum
  UPSR
  » Analisa
  » Aktiviti
  Profil Sekolah
   » Sejarah
   » Visi
   » Misi
   » Piagam Pelanggan
   » Lencana
   » Bendera
   » Lagu
   » Lokasi
   » Pelan Kawasan

  Staf

  » Guru
   » Kakitangan bukan guru
  PIBG
   » AJK
   » Aktiviti
  Album
   » Aktiviti
   » Panorama
  Arkib
   » Senarai Guru Besar

   » Banner

  Umum

  » Bimbingan & Kaunseling

  » Sudut Pengetahuan Agama

Selamat Datang ke Laman Web SK Mentuan, Terima Kasih

 
Renungan

RENUNGAN

Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan.

 

 

Wanita Teladan
ASMA BT YAZID AS-SAKAN AL-ANSHORIAH
(Jurucaka Kaum Wanita)
 
     Asma dikira dari perawi hadis yang terkenal. Seorang pejuang wanita yang menpunyai fikiran yang waras, agama yang teguh, petah berpidato sehingga diberi gelaran "Jurucakap kaum wanita". Asma pernah mengetuai kaum wanita untuk mengatakan sesuatu kepada Rasulullah s.a.w., katanya : "Aku jurucakap wanita kepadamu, Sesungguhnya Allah telah mengutuskanmu kepada kaum lelaki dan kaum wanita, kami telah mempercayaimu dan Tuhanmu. Kami ini kaum wanita terhad bilangannya, tidak berupaya , sentiasa duduk di rumah untuk kamu (kaum lelaki) melepaskan syahwat dan tempat mengandung anak-anak kamu. Kamu kaum lelaki telah melebihi kami dalam bilangan dan perkumpulan, menziarahi orang sakit, menyaksikan jenazah dan mengerjakan ibadat haji.
     Yang utama dari semua itu adalah berjihad. Apabila seseorang kamu keluar, kamilah yang menjaga harta benda dan kekayaan kamu, kami menjahit pakaian dan menjaga anak-anak kamu. Tidakkah dapat kami berkongsi dalam pahala ini?".
     Sebaik Asma habis dari pengaduannya, Rasulullah s.a.w. pun menoleh kepada sahabatnya lalu berkata; "Pernahkah kamu mendengar perbicaraan seorang wanita yang pandai mengemukakan permasalahan dalam agamanya dari wanita ini?". Jawab mereka , "Tidak". Lalu Rasulullah berkata; "Ketahuilah wahai Asma! dan beritahulah kepada kawan-kawanmu yang lain bahawasanya penjagaan seorang wanita adalah suaminya. Dengan mencari keredhaannya dan membuat segala yang disukainya itu adalah menyamai semuanya". Asma amat gembira sekali mendengar jawapan dari Rasulullah s.a.w.
 
 

KESETIAAN YANG TIDAK BERBELAH BAGI KAUM WANITA KEPADA RASULULLAH

 
     Ketika pasukan tentera Islam pulang ke Madinah dari medan perang Uhud, mereka bertemu dengan seorang perempuan dari keluarga Bani Dinar. Dia sedang menunggu kepulangan suami, saudara dan juga ayahnya. Tetapi ketiga-tiganya telah terkorban dalam peperangan itu. Para sahabat melihat peremuan itu lalu menyampai khabar kematian mereka kepadanya. Anehnya, dia tidak terperanjat dengan berita itu, sebaliknya dia terus bertanya, "Bagaimanakah perkhabaran Rasulullah s.a.w.?" Jawab para sahabat; "Rasulullah dalam keadaan selamat, Alhamdulillah". Jawab perempuan itu; "Tunjukkanlah kepada aku, di manakah Rasulullah?"
     Para sahabat pun menunjukkan kepada perempuan itu di mana Rasulullah berada lalu dia pun menemui Rasulullah  seraya berkata; "Setiap musibah selain dirimu adalah kecil bagiku". Demikian bagaimana kaum muslimah di zaman Rasulullah mengikrarkan kecintaan mereka kepada Rasulullah s.a.w. Mereka begitu kasih dan sayang kepada baginda hingga hal kematian yang menimpa ke atas orang-orang yang mereka kasihi seperti anak atau suami atauun ayah bagi mereka adalah kecil.
     Yang penting bagi mereka adalah kecintaan dan keselamatan Rasulullah. Seorang ibu apabila mendengar kematian semua anaknya di medan perang terus berkata; "Malangnya aku sudah tidak mempunyai seorang anak pun untuk disuruh  ke medan jihad, kalau ada pasti aku suruh dia bersama Rasulullah s.a.w." Kecintaan beginilah yang menjadikan kaum wanita sebagai saya kiri yang sejati keada Rasulullah s.a.w. Sebab itulah Islam cepat membangun di zaman para sahabat.
Asmaul Husna

 
 

 

 
 
 
 
 
     

SK. Mentuan, Jalan Sultan Omar, Kubang Kerian, 16150 Kota Bharu, Kelantan.

Telefon  : 09-7652022, Fax : 09-7642022 / email:skmentuan@yahoo.com