Menu

  Pentadbiran
   » Kurikulum
   » Hal Ehwal Pelajar
   » Ko Kurikulum
  UPSR
  » Analisa
  » Aktiviti
  Profil Sekolah
   » Sejarah
   » Visi
   » Misi
   » Piagam Pelanggan
   » Lencana
   » Bendera
   » Lagu
   » Lokasi
   » Pelan Kawasan

  Staf

  » Guru
   » Kakitangan bukan guru
  PIBG
   » AJK
   » Aktiviti
  Album
   » Aktiviti
   » Panorama
  Arkib
   » Senarai Guru Besar

   » Banner

  Umum

  » Bimbingan & Kaunseling

  » Sudut Pengetahuan Agama

Selamat Datang ke Laman Web SK Mentuan, Terima Kasih

 
Renungan

RENUNGAN

Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan.

 

 

Ibadah Zakat
 

     Zakat adalah satu dari rukun Islam dan hukumnya fardhu a'ain yang telah difardhukan pada tahun kedua hijrah Rasulullah s.a.w ke Madinah. Tujuan berzakat adalah untuk membentuk sebuah masyarakat Islam yang adil dan saling berkasih sayang.

   
  A) ZAKAT FITRAH
 

     Ertinya zakat badan yang diwajibkan ke atas semua orang Islam tanpa mengira peringkat umur dan di mana mereka berada kerana selesai bulan Ramadhan. Zakat dikeluarkan mengikut peraturan tertentu.

   
  Syarat Wajib Zakat
a. Islam
b.

Merdeka, tidak wajib keatas hamba kecuali zakat fitrah sahaja, itupunn tuannya mesti membayarkan untuknya

c.

Mempunyai kelebihan dari segi perbelanjaan untuk dirinya sendiri dan untuk orang yang berada dibawah tanggunnya

d.

Hidup sekurang-kurangnya akhir bulan Ramadhan dan awal bulan Syawal. Orang yang mati sebelum Syawal atau dilahirkan pada awal Syawal, tidak diwajibkan zakat

   
  Waktu Membayar Zakat
  Ada 5 waktu untuk membayar zakat:
a. Waktu harus ;
  Awal Ramadhan hingga akhir bukan bukan Ramadhan
   
b. Waktu Sunat ;
  Dibayar sesudah solat subuh hingga sebelum solat sunat hari raya
   
c. Waktu Wajib ;
  Bermula dari lenyapnya matahari di ufuk Barat pada hari itu
   
d. Waktu Makruh ;
  Selepas solat sembahyang hari raya tetapi sebelum terbenam matahari pada hari itu
e. Waktu Haram ;
  Setelah terbenam matahari pada hari itu tanpa ada halangan
   
  Kadar Bayaran
1.

Kadar bayaran mengikut cara asal iaitu satu gantang Baghdad makanan asasi mengikut keadaan tempat

2. Mengikut timbangan ialah bersamaan 2.27 kg atau 3 kati 12 tahil
3.

Bayaran dengan mata wang mengikut nilai satu gantang barangan tertentu yang per dibayar zakat

   
  B) ZAKAT EMAS DAN PERAK
 

     Seseorang yang memiliki emas dan perak haruslah membayar zakat apabila telah cukup syarat-syaratnya

   
  Syarat Wajib Zakat
a. Islam
b. Merdeka
c. Sampai nisab
d. Cukup haul
e. Milik yang sempurna
   
  Nisab Dan Kadar
 

     Nisab perak ialah bermula daai 200 dirham bersamaan 595.0725 gm atau 176 mayam 6.9732 saga

   
 

     Nisab emas pula bermula dari 20 dinar bersamaan 85 gm atau 25 mayam 2.7108 saga. Zakat bagi kedua-duanya adalah 2.5 % atau 1/40.

   
  C) ZAKAT PERNIAGAAN
 

     Rasulullah s.a.w. bersabda ; "Dari Samurah r.a. Rasulullah telah menyuruh kita supaya mengeluarkan zakat dari barang yang kita perniagakan.

 

     Syarat-syarat zakat perniagaan sama juga dengan zakat emas dan perak.

   
  Kiraan
 

     Kadar yang wajib dikenakan zakat ialah 2.5 % atau 1/40 dari jumlah taksiran harta perniagaannya.

   
  D) ZAKAT PENDAPATAN
  a. Kaedah Hukum
i. Merupakan harta perolehan
ii. Tidak termasuk sebagai harta simpanan di dalam haul yang sama
iii. Diqiaskan kepada hasil pendapatan pertanian, galian emas, dan perak.
   
  b. Klasifikasi Pendapatan
i. Gaji Bulanan
ii. Tunggakan Gaji
iii. Pelbagai Elaun
iv. Lain-lain hasil pendapatan
   
  c. Pendapatan Profesional
i. Konsaltasi Guaman
ii. Konsaltasi Perniagaan
iii. Perkhidmatan agensi
iv. Perkhidmatan komunikasi
v. Lain-lain pendapatan Profesional
   
  d. Pendapatan Perolehan
i. Perolehan Sewaan
ii. Perolehan Hadiah/Sumbangan
iii. Lain-lain bentuk pendapatan
   
  Kadar Zakat Yang Wajib Dibayar
 

     Nilainya bersamaan 85 gm emas mengikut harga pasaran semasa. Kadar zakat mengikut perbezaan tahunan seperti ; Hijrah 354 hari kadar zakat 2.5 %. Hijrah 365 hari kadar wajib zakat 2.577 %.

   
  Contoh Pengiraan Zakat Pendapatan
a.

Pendapatan dari semua sumber dalam setahun ialah sebanyak RM24,000.00.

b. Tolak perbelanjaan yang dibenarkan;
  Diri                                      3,000.00
  Isteri                                    2,000.00
  Anak 2 orang (800.00 x 2 )  1,600.00
  Ibu bapa (100 x 12)             1,200.00
  KWSP 10 %                       2,400.00
  Takaful                                   500.00
  Jumlah Tolakan                  10,700.00
c. Pendapatan yang layak dizakat ialah (a-b) iaitu 13,300.00
d. Zakat yang wajib dibayar 13,700.00 x 2.5 % = RM332.50
   
  E) ZAKAT SIMPANAN
a. Islam
b. Merdeka
c. Milik yang sempurna (hak sendiri)
d. Cukup haul
e. Cukup nisab
   
  Kadar Bayaran
 

     Kadar yang wajib dibayar ialah 2.5 % dari semua simpanan, kiraan mestilah dari jumlah minima berdasarkan harga bagi 85 gm emas mengikut harga pasaran semasa.

   
  F) ZAKAT SAHAM
  Syarat wajib zakat saham;
a. Milik sendiri
b. Cukup haul
c. Cukup nisan
i. Pengiraan zakat dikira dari baki terendah semua saham yang dimiliki dengan kadar 2.5 %.
ii.

Saham yang dibeli dari sumber pinjaman bank hendaklah ditolak wang tersebut.

iii. Sekiranya seseorang aktif membeli dan menjual saham, maka ia akan dikira pada akhir haul.
   
  HIKMAT BERZAKAT
a. Mendapat keredhaan Allah serta menambah keberkatan pada hartanya.
b. Mengeratkan lagi ikatan kasih sayang dengan keluarga serta masyarakat sekeliling
c. Menghapuskan perasaan hasad dengki dan dendam di jiwa fakir miskin terhadap orang kaya
d. Dapat mengurangkan kadar jenayah dalam masyarakat kerana jenayah berlaku atas dorongan kemiskinan dan tuntutan hidup
e. Dalam bidang pendidikan zakat boleh membantu mereka yang tidak berkemampuan membiayai kehidupan dan lain-lain keperluan
f. Sebagai tanda kesyukuran pada Allah atas nikmat yang telah diberikan-Nya.

 

 

Asmaul Husna

 
 

 

 
 
 
 
 
 
     
 

 

 
     

SK. Mentuan, Jalan Sultan Omar, Kubang Kerian, 16150 Kota Bharu, Kelantan.

Telefon  : 09-7652022, Fax : 09-7642022 / email:skmentuan@yahoo.com