Menu

  Pentadbiran
   » Kurikulum
   » Hal Ehwal Pelajar
   » Ko Kurikulum
  UPSR
  » Analisa
  » Aktiviti
  Profil Sekolah
   » Sejarah
   » Visi
   » Misi
   » Piagam Pelanggan
   » Lencana
   » Bendera
   » Lagu
   » Lokasi
   » Pelan Kawasan

  Staf

  » Guru
   » Kakitangan bukan guru
  PIBG
   » AJK
   » Aktiviti
  Album
   » Aktiviti
   » Panorama
  Arkib
   » Senarai Guru Besar

   » Banner

  Umum

  » Bimbingan & Kaunseling

  » Sudut Pengetahuan Agama

Selamat Datang ke Laman Web SK Mentuan, Terima Kasih

Renungan

RENUNGAN

Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan.

 

 

Wanita Solehah
   
 

Wanita Beriman Serta Beristiqomah Dalam Melakukan Amal-amal Kabajikan

   

1.

Wanita yang memiliki iman yang mantap;
       Dalam menjalani kehidupan bermasyarakat yang berbilang bangsa, para muslimah sentiasa terdedah kepada cabaran iman disamping cabaran dan godaan syaitan. Oleh itu kaum wanita perlulah melengkapi dan mengisi jiwa mereka dengan keimanan yang kukuh untuk mengelakan diri mereka dari godaan-godaan tersebut.
   
2. Wanita yang rajin beribadat;
       Setiap individu sama ada lelaki atau perempuan yang terbaik amal ibadatnya maka mereka layak untuk memasuki syurga Allah.
   
3. Wanita yang mempunyai sifat taqwa;
  Ianya merupakan satu sifat yang mulia yang mana bermula dengan sifat malu. Sabda Rasulullah s.a.w., "Malu itu sebahagian daripada iman." Maksud malu di sini ialah :
a. Malu kepada Allah s.w.t. dalam setiap gerak geri  sama ada dari perkataan, perbuatan serta pengakuan . Malahan niat kita mestilah mengarah kepada matlamat bahawa Allah s.w.t. Maha Melihat, Maha Mengetahui dan Maha Mendengar, tidak ada sesuatu pun yang berlaku kecuali semuanya ada di dalam ilmu-Nya.
b. Malu kepada Rasulullah s.a.w. dengan melakukan segala bentuk amal soleh dan mengikut segala sunnahnya demi untuk membalas jasa Rasulullah yang bersusah payah menegakkan Islam di muka bumi ini.
   
4. Wanita yang cergas beramal soleh dan amal kebajikan;
  Setiap amalan kebajikan mestilah ada matlamat kepada orang ramai. Seperti melibatkan diri dalam amalan keagamaan atau kebajikan sosial. Wanita mestilah cergas membela nasib mereka sendiri kerana mereka sendiri lebih arif dalam permasalahan  mereka.
   
5. Wanita yang ikhlas melakukan sedekah sebahagian dari harta miliknya;
   
 

Wanita Yang Menghormati Serta Sentiasa Berlaku Baik Terhadap Ahli Keluarganya

   
1. Isteri Solehah;
  Merupakan suatu anugerah Allah s.w.t. kepada manusia. Di mana mereka sanggup berkorban apa saja dan menganggap suami mereka adalah sehala-galanya.
   
  Ciri-ciri Isteri Solehah:
a. Taat kepada suami;
  Adalah satu tuntutan mutlak berdasarkan hukum Allah Taala dan ajaran Rasulullah s.a.w.
b. Jujur pada suami;
  Sifat ini dapat mengeratkan lagi perhubungan suami isteri.
c. Isteri yang mampu melahirkan anak;
  Rasulullah s.a.w. telah menyarankan agar sekelian umatnya berkahwin dengan wanita yang baik-baik, yang mempunyai bilangan ahli keluarga yang ramai dan masih dara supaya boleh melahikan anak dan darinya pula akan beroleh bilangan anak yang ramai.
d. Sedia melayani kehendak batiniah suami;
e. Sedia melayani kehendak zahiriah suami;
  dengan menjaga makan minum, pakaian yang sentiasa bersih, persekitaran rumah yang sentiasa teratur dan tersusun dan seumpamanya.
f. Pemegang Amanah;
  Harta benda suami, menjaga nama baik dan maruah suami, keselamatan diri dan akhlaknya serta anak-anak semasa ketiadaan suami.
g. Rela berkorban untuk suami serta redha kepadanya berdasarkan keredhaan Allah s.w.t. dan Rasul-Nya.
h. Sentiasa mengembirakan hati suami serta cuba melenyapkan segala kesedihan dan kegelisahan hati suami.
i. Wanita yang memiliki sifat pengasih dan penyayang serta mempunyai ciri-ciri keibuan yang sejati.
j. Melahirkan anak perempuan yang solehah - yang sentiasa patuh dan taat pada kedua ibu bapanya.
Asmaul Husna

 
 

 

 
 
 
 
 
 
     
 

 

 
     

SK. Mentuan, Jalan Sultan Omar, Kubang Kerian, 16150 Kota Bharu, Kelantan.

Telefon  : 09-7652022, Fax : 09-7642022 / email:skmentuan@yahoo.com