Menu

  Pentadbiran
   » Kurikulum
   » Hal Ehwal Pelajar
   » Ko Kurikulum
  UPSR
  » Analisa
  » Aktiviti
  Profil Sekolah
   » Sejarah
   » Visi
   » Misi
   » Piagam Pelanggan
   » Lencana
   » Bendera
   » Lagu
   » Lokasi
   » Pelan Kawasan

  Staf

  » Guru
   » Kakitangan bukan guru
  PIBG
   » AJK
   » Aktiviti
  Album
   » Aktiviti
   » Panorama
  Arkib
   » Senarai Guru Besar

   » Banner

  Umum

  » Bimbingan & Kaunseling

  » Sudut Pengetahuan Agama

Selamat Datang ke Laman Web SK Mentuan, Terima Kasih

 
Renungan

RENUNGAN

Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan.

 

 

Panduan Bersuci
   
  Allah Taala berfirman :-
       "Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaubat dan yang suka menyucikan diri"
 

(Surah Al-Baqarah : Ayat 222)

   
  BERSUCI
 

     Apa itu bersuci dan mengapa kita harus bersuci. Bersuci atau Thaharah ialah suatu  pekerjaan yang dilakukan bagi menghilangkan hadas atau najis dari badan, pakaian atau tempat.

 

     Ianya dilakukan bagi membolehkan melakukan ibadah. Malahan dalam ajaran Islam ia merupakan sesuatu yang wajib. Sebahagian dari cara bersuci ialah berwudhuk, mandi dan membersihkan najis dari badan.

   
  JENIS-JENIS BERSUCI
  Ia terbahagi kepada 3 :-
1.

Bersuci dari hadas kecil - apabila berada dalam keadaaan ini, kita dilarang mengerjakan sembahyang atau menyentuh Al-Quran. Cara untuk menghilang hadas ini ialah  dengan berwudhuk atau bertayammum.

   
2.

Bersuci dari hadas besar - mereka yang berjimak, haid, dan nifas termasuk dalam kategori ini. Cara bersucinya ialah dengan mandi junub. Perkara yang dilarang :

a.

bersembahyang
b. berpuasa
c. menunaikan haji / tawaf
d. duduk dalam masjid
e. menyentuh Al-Quran
   

3.

Beristinjak - ia bertujuan menghilang najis yang keluar dari 2 jalan (qubul dan dubur)
   
  RUKUN BERISTINJAK
1.. Islam
2. Menggunakan batu, air, kertas, daun dan benda-benda keras yang suci
3. Najis itu mestilah keluar dari qubul dan dubur
   
  SUNAT-SUNAT BERISTINJAK
1.

Haruslah dilakukan dengan bilangan ganjil, sama ada 3 kali, 5 kali, 7 kali dan seterunya

2. Menggunakan tangan kiri
   
  BERISTINJAK DENGAN BATU
  Cara ini mempunyai beberapa syarat :
a. Pastikan najis itu tidak mengalir
b. Pastikan ianya belum kering
c. Tempat keluar najis itu tidak terhalang oleh benda-benda lain
   
  BERISTINJAK DENGAN AIR
 

Perlakuannya adalah serupa dengan menggunakan batu. Terlebih dahulu hendaklah dibersihkan sehingga hilang 3 perkara iaitu bau, rasa dan warnanya. Apabila selesai dusunatkan membaca doa yang bermaksud :

  "Ya Allah bersihkanlah hatiku dari sifat munafik dan peliharakanlah kemaluanku dari kekotoran".
   
  JENIS-JENIS AIR
1. Air Mutlak :
 

Sifatnya adalah suci lagi menyucikan. Air ini boleh diminum dan sah digunakan untuk menyucikan benda lain. contohnya air hujan, air laut, air perigi, air mata air, air salji, air sungai, dan air embun.

   
2. Air Muqayyat :
 

Sifatnya suci tetapi tidak menyucikan. Air ini tidak sah digunakan untuk menyucikan benda lain. Contohnya air kopi, teh atau air buah-buahan dan sebagainya.

   
3. Air Mutanajjis : Air ini terbahagi kepada dua :-
a.

Berubah salah satu sifatnya (warna, bau dan rasanya) disebabkan najis. Air ini tidak boleh digunakan lagi sama ada ia banyak atau sedikit.

b.

Air terdapat padanya najis tetapi  tidak berubah sifatnya. Air ini jika kurang dari qullah tidak boleh digunakan sekiranya dua qullah atau lebih hukumnya suci dan menyucikan

   
4. Air Musyammas
 

Ia adalah air yang terjemur pada pancaran matahari dalam bekas selain bekas emas atau perak. Ia makruh digunakan untuk badan tetapi tidak pada pakaian.

   
5. Air Musta'mal
 

Sukatanya kurang dari dua qullah. Air ini tidak sah digunakan untuk bersuci walaupun tidak berubah sifat-sifatnya

   
  BENDA-BENDA NAJIS
1.

Semua jenis bangkai binatang darat dan laut yang berdarah melainkan mayat manusia. Binatang darat dan laut yang tidak berdarah dianggap suci.

2. Darah kecuali hati dan limpa
3. Segala benda cair yang keluar dari qubul dan dubur
4. Nanah kerana ia terhasil dari darah yang busuk
5. Arak dan semua minuman yang memabukkan
6. Bahagian binatang yang diambil dari badanya semasa ia masih hidup
   
  JENIS-JENIS NAJIS
  Najis terbahagi kepada 3 iaitu :
a. Najis Mughallazah
 

Anjing dan babi serta segala yang berkaitan dengan kedua-dua binatang ini termasuk dalam kategori ini.

 

     Cara membasuhnya ialah dengan menyiramkan air sebanyak 7 kali dan salah satunya dari air siraman itu hendaklah dicampir dengan tanah.

   
b. Najis Mukhaffafah
 

Merupakan najis ringan, seperti kencing anak lelaki yang berumur 2 tahun kebawah yang hanya makan / minum susu ibunya sahaja. Najis ini dicuci memadai dengan memercikkan air atas benda yang terkena najis itu, kemudian lapkan.

   
c. Najis Mutawassitah
  Najis pertengahan ada dua bahagian iaitu
i.

Hikmiah iaitu najis yang kita yakin adanya tetapi tidak nyata zatnya seperti air kencing yang sudah lama kering hingga sifatnya sudah hilang. Najis ini dicuci memadai dengan mengalirkan air di atasnya.

ii.

Ainiah iaitu najis yang masih ada zatnya. najis ini dicuci sehingga hilang semua jenis sifatnya.

   
  RUKUN WUDHU'
  Rukun wudhu' ada enam perkara:
1. Niat
  Wajib ditasdiqkan (yakin) di hati bahawa kita hendak mengambil wudhu' kerana Allah Taala seperti "sahaja aku mengangkat hadas kecil, fardhu atas ku  kerana Allah Taala".
2. Membasuh muka
  Mulai dari tempat tumbuhnya rambut sebelah atas hingga ke bawah dagu termasuk antara dua telinga belah kiri dan kanan.
3. Membasuh kedua tangan
  Dimulai dari hujung jari hingga kedua-dua mata siku.
4. Menyapu kepala
  Ulamak Syafie mengatakan yang perlu disapu hanyalah mana-mana bahagian atas kepala, ada yang mengatakan sekurang-kurangnya seperti dari kepala..
5. Membasuh kedua kaki
  Wajib memastikan yang air sampai kecelah-celah jari kaki dan kuku dan ia wajib sampai hingga kedua-dua buku lali / mata kaki
6. Tertib
  Mengikut susunan mana dahulu dan mana yang kemudian. tidak sah kiranya tidak ikut tertib.
   
  SUNAT-SUNAT WUDHU'
1. Menghadap kiblat
2. Membaca Basmalah (Bismillah ...)
3. Berkumur-kumur dan menggosok gigi (siwak)
4. Mencuci kedua belah tangan dan pergelangan tangan serta menggosok celah-celah jari
5. Memasukkan air ke hidung dan mengeluarkan semula
6. Mendahulukan anggota kanan dari yang kiri
7. Menyapu seluruh kepala
8. Menyapu kedua belah telinga
9. Menggosok celah-celah janggut dengan anak jari
10. Mengulangi basuhannya sebanyak 3 kali
11. Menjimatkan penggunaan air
12. Melebihkan sedikit sempadan pada setiap anggota basuhan
13. Menggosok-gosok pada bahagian anggota wudhu'
14. Menggerakkan cincin jika memakai
15. Berturut-turut
16. Membaca doa wudhu'
   
  BATALNYA WUDHU' KERANA ?
1. Apabila keluar sesuatu dari dua jalan sama ada melalui qubul atau dubur
2. Tidur yang tidak tetap papan punggung (contohnya tidur mengiring)
3. Hilang akal (mabuk atau sakit)
4. Bersentuh kulit antara lelaki dan wanita yang bukan muhrim (sah nikah) tanpa alas, sama ada timbul syak atau tidak.
5. Tersentuh kemaluan hadapan atau sekitar punggung lelaki, wanita atau diri sendiri tanpa alas. Tetapi jika tersentuh dengan belakang tangan hukumnya tidak batal.
   
  LARANGAN KETIKA BERHADAS KECIL
1. Sembahyang / solat
2. Tawaf di Kaabah
3. Menyentuh Al-Quran (jika terpaksa hukumnya harus). Bagi kanak-kanak yang sedang belajar mengaji diharuskan.
   
  TAYAMMUM
  Tayammum ertinya menyapu debu tanah yang suci ke muka dan kedua belah tangan hingga ke siku dengan beberapa syarat. Ianya adalah pengganti wudhu' atau mandi sebagai keringanan bagi orang yang tidak dapat menggunakan air kerana beberapa halangan, atau kemarau yang menyebabkan kekeringan air.
   
  KENAPA BERTAYAMMUM ?
1. Uzur kerana sakit
2. Kerana dalam musafir
3. Kerana tidak ada air
   
  RUKUN TAYAMMUM
1. Niat
2. Menyapu muka dengan debu tanah
3. Menyapu kedua tangan sampai ke siku
4. Tertib
   
  BATAL TAYAMMUM
1. Ada air
2. Melakukan perkara yang membatalkan wudhu'
   
  SYARAT SAH TAYAMMUM
1. Sudah masuk waktu solat. (Tayammum sah hanya untuk satu solat fardhu dan beberapa solat sunat)
2. Sudah diusahakan mencari air tetapi tidak dapat
3. Dengan debu tanah yang suci
4. Menghilang najis terlebih dahulu
   
  MANDI WAJIB
  Mandi Junub, mandi janabah atau mandi hadas besar adalah sama pengertiannya. Hukum mandinya adalah wajib. Ini adalah bagi membolehkan kita mengerjakan ibadah.
   
  RUKUN MANDI WAJIB
1. Niat. seperti "Sahaja aku mengangkat hadas besar fardhu atasku kerana Allah Taala"
2. Meratakan air keseluruh badan dan menghilangkan segala sesuatu yang menghalang air itu dari sampai ke kulit badan seperti lilin, minyak dan sebagainya.
   
  SEBAB-SEBAB MANDI WAJIB
1. Keluar mani dengan sengaja atau tidak sengaja (bermimpi)
2. Apabila selesai melakukan jimak
3. Selepas datang haid bagi kaum wanita
4. Apabila keluar darah nifas (darah yang keluar semasa melahirkan anak)
5. Wiladah (melahirkan anak)
6. Meninggal dunia. Kecuali mereka yang mati syahid
   
  DIHARAMKAN KETIKA JUNUB
1. Solat fardhu, sunat, sujud tilawah dan sujud sahwi
2. Menyentuh Al-Quran atau membawa
3. Membaca Al-Quran walau sepotong ayat
4. Menurut Imam Syafie haram duduk di dalam masjid (wanita dalam haid), kecuali untuk melintasi jika tiada jalan lain
   
  DIHARAMKAN KETIKA HAID
1. Bersetubuh
2. Bercerai. Haram bagi suami menceraikan isterinya ketika haid
3. Mengerjakan Solat Fardhu
4. Mengerjakan Solat sunat, puasa, menyentuh Al-Quran atau membacanya
5. Tawaf di Baitillah (Kaabah)
   
Asmaul Husna

 
     
 

 

 
     

SK. Mentuan, Jalan Sultan Omar, Kubang Kerian, 16150 Kota Bharu, Kelantan.

Telefon  : 09-7652022, Fax : 09-7642022 / email:skmentuan@yahoo.com