Menu

  Pentadbiran
   » Kurikulum
   » Hal Ehwal Pelajar
   » Ko Kurikulum
  UPSR
  » Analisa
  » Aktiviti
  Profil Sekolah
   » Sejarah
   » Visi
   » Misi
   » Piagam Pelanggan
   » Lencana
   » Bendera
   » Lagu
   » Lokasi
   » Pelan Kawasan

  Staf

  » Guru
   » Kakitangan bukan guru
  PIBG
   » AJK
   » Aktiviti
  Album
   » Aktiviti
   » Panorama
  Arkib
   » Senarai Guru Besar

   » Banner

  Umum

  » Bimbingan & Kaunseling

  » Pengetahuan Agama

Selamat Datang ke Laman Web SK Mentuan, Terima Kasih

 
Renungan

RENUNGAN

Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan.

 

 

Solat / sembahyang Sunat
   
       Amat digalakkan kepada kita untuk memperbanyakkan solat sunat selain daripada solat fardhu yang diwajibkan. Di antaranya ialah :
   
  SOLAT SUNAT TAHAJJUD
 

     Ia didirikan setelah terbangun dari tidur walaupun tidur sebentar. Waktunya antara Isyak dan Subuh. Jumlah rakaatnya tidak terbatas, paling kurang dua rakaat.  Lafaz niatnya;

"Sahaja aku solat sunat tahajjud dua rakaat kerana Allah Taala."

Keistimewaan ; Antaranya, doa dimakbulkan, murah rezeki, tenang fikiran, masin perkataan dan jauh dari khianat manusia.

   
  SOLAT SUNAT DHUHA
 

     Didirikan ketika matahari sedang naik antara jam 8 - 11 pagi. Jumlah rakaat tidak terbatas dari 2 hingga 12 rakaat. Lafaz niat ;

"Sahaja aku solat sunat dhuha dua rakaat kerana Allah Taala"

Keistimewaan ; Dilapangkan kehidupannya pada hari itu dan dimurahkan rezekinya.

   
  SOLAT SUNAT TASBIH
 

     Dilakukan sama ada di waktu siang atau malam. Jika siang dilakukan 4 rakaat dengan satu salam tetapi jika malam dengan 4 rakaat dengan 2 salam. Lafaz niat ;

"Sahaja aku solat sunat tasbih dua / empat rakaat kerana Allah Taala"

Keistimewaan ; Diampunkan Allah semua dosa yang baru atau lama, yang kecil atau besar dan yang nyata atau rahsia

   
  SOLAT SUNAT ISTIKHARAH
 

     Dilakukan sebaik-baiknya lewat tengah malam dengan 2 rakaat. Lafaz niat ;

"Sahaja aku solat sunat istikharah dua rakaat kerana Allah Taala"

Keistimewaan ; Bagi mendapat petunjuk Allah tentang sesuatu pilihan yang kelihatan sama baiknya.

   
  SOLAT SUNAT HAJAT
 

     Boleh dikerjakan solat ini sama ada di waktu siang atau malam sebanyak 2 rakaat atau 4 rakaat dengan 1 salam dan boleh juga dilakukan 12 rakaat dengan 1 salam pada setiap 2 rakaat. Lafaz niat ;

"Sahaja aku solat sunat hajat dua / empat rakaat kerana Allah Taala"

Keistimewaan ; Agar dimakbulkan pertolongan yang diminta kepada Allah bila timbulnya suatu masalah.

   
  SOLAT SUNAT TAUBAT
 

     Ianya dilakukan setelah melakukan dosa atau merasa membuat dosa. Bila bertaubat dari sesuatu dosa, menyesal tentang perbuatan yang dilakukan dan bercita-cita tidak mahu mengulanginya lagi serta memohon keampunan dari Allah. Lafaz niat ;

"Sahaja aku solat sunat taubat dua rakaat kerana Allah Taala"

Keistimewaan ; Semoga kesalahan mendapat keampunan Allah dan diberkati hidup

   
  SOLAT SUNAT HADIAH
 

     Dilakukan setelah jenazah dikuburkan. Waktunya antara Maghrib dan Isyak. Lafaz niat ;

"Sahaja aku solat sunat hadiah dua rakaat kerana Allah Taala"

Keistimewaan ; Mengiringi kematian orang yang dikasihi dengan doa semoga mendapat keampunan dan rahmat Allah hingga hari akhirat.

   
Asmaul Husna

 
 

 

 
 
 
 
 
     

SK. Mentuan, Jalan Sultan Omar, Kubang Kerian, 16150 Kota Bharu, Kelantan.

Telefon  : 09-7652022, Fax : 09-7642022 / email:skmentuan@yahoo.com