Menu

  Pentadbiran
   » Kurikulum
   » Hal Ehwal Pelajar
   » Ko Kurikulum
  UPSR
  » Analisa
  » Aktiviti
  Profil Sekolah
   » Sejarah
   » Visi
   » Misi
   » Piagam Pelanggan
   » Lencana
   » Bendera
   » Lagu
   » Lokasi
   » Pelan Kawasan

  Staf

  » Guru
   » Kakitangan bukan guru
  PIBG
   » AJK
   » Aktiviti
  Album
   » Aktiviti
   » Panorama
  Arkib
   » Senarai Guru Besar

   » Banner

  Umum

  » Bimbingan & Kaunseling

  » Sudut Pengetahuan Agama

Selamat Datang ke Laman Web SK Mentuan, Terima Kasih

 
Renungan

RENUNGAN

Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan.

 

 

Kesihatan dalam Islam
   
  PERHATIAN ISLAM TERHADAP KEBERSIHAN
 

     Islam menetapkan beberapa peraturan yang berkaitan dengan tubuh badan manusia untuk melindunginya daripada penyakit, disebabkan hubungan rapat antara rohani dan jasmani.Oleh sebab itu di dalam Al-Quran Allah berfirman sebagai mafhumnya kekuatan jasmani seiring dengan ketaqwaan dan akhlak mulia.

   
  LANGKAH  PENCEGAHAN
 

     Cara yang paling baik untuk menentang penyakit ialah dengan menghindarkan diri dari ditimpa penyakit. Dalam Islam langkah pencegahan dibahagikan kepada 3 kategori, iaitu kebersihan, makan dan minum dan latihan jasmani.

   
1. KEBERSIHAN
 

     Kebersihan dalam Islam melibatkan perkara berikut ; wudhu', mandi, gosok gigi, potong kuku dan bulu serta bersuci daripada najis. Berwudhu' adalah wajib dilakukan sebelum menunaikan sembahyang, begitu juga dengan mandi wajib yang menjadi tanggungjawab lelaki dan perempuan.

 

     Islam juga menyuruh umatnya membersihkan gigi dengan siwak atau cara yang lain. Rasulullah s.a.w. menganjurkan supaya menjaga tubuh badan, baginda menyatakan 5 perkara yang perlu dibuat ;

   
i. mencukur bulu kemaluan
ii. berkhatan
iii. memotong bulu ketiak
iv. memotong misai
v. memotong kuku
   
2. MAKAN DAN MINUM
 

     Islam memerintahkan umatnya supaya makan makanan yang baik-baik dan mengharamkan memakan daging binatang yang tidak disembelih. Daging burung yang mempunyai kuku yang tajam dan daging binatang yang ada taring disebabkan liat ototnya, warna daging yang tidak menyelerakan dan baunya tidak menyenangkan. Dengan mengharamkan daging babi Islam menyelamatkan umatnya dari serangan cacing, ulat larva dan seumpamanya yang hidup dalam tisu otot babi. Britannica melaporkan parasit babi yang paling bahaya ialah cacing gelang.

 

     Islam juga melarang umatnya meminum arak. Dalam tubuh manusia wujud alkohol dalam jumlah yang kecil untuk membantu mencernakn sebatian gula. Alkohol mempunyai beberapa faedah dari segi perubatan tetapi ini benar jika jumlah alkohol kecil. Jika jumlahnya ditingkatkan ia akan mengakibatkan kerosakkan terutamanya apabila amalan meminumnya telah lama dilakukan, lalu menyebabkan inflamasi kronik pada saraf dan jantung.

   
  Faedah Puasa
 

     Puasa seperti yang diperintahkan dalam Islam banyak membantu merawat penyakit-penyakit berikut ;

   
i. masalah usus kronik disertai penapaian bahan berabumin dan berkanji
ii. pertambahan berat badan disebabkan oleh makan banyak
iii. Diabetes (kencing manis)
iv. inflamasi kronik yang teruk
v. penyakit jantung
vi. Artritis kronik (bagi pesakit gemuk)
   
3. LATIHAN JASMANI
 

     Islam juga memberikan perhatian utama pada latihan jasmani sebagaimana yang dapat dilihat di bawah ini contohnya, sembahyang. Ia adalah latihan jasmani berbentuk ibadah. Dengan melakukan ibadah sembahyang akan menyegarkan tubuh badan, mengaktifkan usus, otot dan sendi.

 

 

Asmaul Husna

 
 

 

 
 
 
 
 
 
     
 

 

 
     

SK. Mentuan, Jalan Sultan Omar, Kubang Kerian, 16150 Kota Bharu, Kelantan.

Telefon  : 09-7652022, Fax : 09-7642022 / email:skmentuan@yahoo.com