Menu

  Pentadbiran
   » Kurikulum
   » Hal Ehwal Pelajar
   » Ko Kurikulum
  UPSR
  » Analisa
  » Aktiviti
  Profil Sekolah
   » Sejarah
   » Visi
   » Misi
   » Piagam Pelanggan
   » Lencana
   » Bendera
   » Lagu
   » Lokasi
   » Pelan Kawasan

  Staf

  » Guru
   » Kakitangan bukan guru
  PIBG
   » AJK
   » Aktiviti
  Album
   » Aktiviti
   » Panorama
  Arkib
   » Senarai Guru Besar

   » Banner

  Umum

  » Bimbingan & Kaunseling

  » Sudut Pengetahuan Agama

Selamat Datang ke Laman Web SK Mentuan, Terima Kasih

 
Renungan

RENUNGAN

Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan.

 

 

Keluarga Islam
   
  DASAR-DASAR UMUM KELUARGA ISLAM

1.

Aqidah, Syariat  dan Akhlak ;
 

Dengan keimanan yang tinggi akan menjamin ahli-ahli keluarga mengikuti lunas-lunas yang telah dianjurkan oleh Al-Quran dan As-Sunnah.

   
2. Cinta dan Kasih Sayang ;
 

Ciri ini merupakan perkara pokok bagi perpaduan dan keharmonian bukan sahaja sebuah institusi keluarga tetapi sesebuah masyarakat.

   
3. Persamaan ;
 

Lelaki dan wanita adalah sama dari pandangan Allah Taala. Masing-masing telah dipertanggungjawabkan dengan amanah bagi membentuk satu keluarga yang bahagia.

   
4. Keadilan ;
 

Islam dalam hal ini telah menganjurkan keadilan berdasarkan fitrah semulajadi manusia. Oleh sebab itu kadang kala kita dapat melihat persamaan dan kadang kala perbezaan.

   
5. Jaminan Sosial ;
 

Oleh kerana itu hidup dalam sebuah masyarakat , kita tidak dapat menidakkan peranannya dalam menjamin sebuah institusi keluarga itu berjaya dibina. Adalah menjadi tanggungjawab ahli keluarga untuk menyumbangkan sesuatu bagi kesejahteraan masyarakat. Dalam ertikata lain, hubungan dua hala wajib diwujudkan.

   
  ASAS-ASAS MEWUJUDKAN KELUARGA BAHAGIA
1.

Rumahtangga yang terbina dari asas keimanan yang kukuh dan ketaqwaan yang jitu kepada Allah Taala serta tidak menyekutukan-Nya dengan sesuatu pun.

   
2.

Ibu bapa melakukan solat serta memerintahkan anak-anaknya melaksanakan tanggungjawab itu. Allah Taala akan membuka pintu Rahmat-Nya bagi keluarga yang melaksanakan tanggungjawab solat serta melimpahkan keberkatan-Nya bagi seisi keluarga tersebut.

   
3.

Menghormati kedua ibu bapa, ini juga sebahagian dari teladan yang baik bagi tatapan anak-anak dan seisi keluarga.

   
4.

Tidak mengamalkan deskriminasi terhadap ahli keluarga iaitu dengan memberi layanan kasih sayang dan kemesraan serta pertolongan yang adil untuk semua. Tidak menderhaka serta sentiasa menjaga nama baik ibu bapa dan keluarga.

   
5.

Ibu bapa yang memiliki budi pekerti serta sifat-sifat yang mulia. Sentiasa sabar, ikhlas dan redha pada ketentuan Allah.

   
6.

Menghindari dari melakukan perkara yang dilarang oleh Agama. Rezeki yang dicari hendaklah dari sumber yang halal dan jauh dari melakukan perbuatan syubhat.

   
7.

Memberi didikan agama dan pengajaran dari Al-Quran dengan betul agar Allah Taala memberi rahmat kepada rumah tangga tersebut.

   
8.

Keluarga yang terbentuk dari asas pendidikan Islam dan juga menjaga kepentingan tetangga sekeliling.

   
  TANGGUNGJAWAB IBU BAPA TERHADAP ANAK SERTA TANGGUNGJAWAB ANAK TERHADAP IBU BAPA
  Tanggungjawab anak terhadap ibu bapa
1.

Bila ibu bapa memerlukan makanan, anak harus memberinya.

2.

Bila ibu bapa memerlukan pakaian, anak harus memberikannya jika ia mampu

3.

Jika keduanya memerlukan layanan, anak harus melayaninya

4.

Apabila keduanya memanggil, maka anak harus segera menyahut dan hadir

5.

Anak dilarang memanggil kedua ibu bapanya dengan panggilan nama asal mereka

6.

Bila keduanya menyuruh melakukan sesuatu, maka anak harus melaksanakan selama suruhan itu tidak berupa maksiat

7.

Anak harus berbicara dengan lemah lembut terhadap keduanya, jangan sesekali mengkasarinya

8.

Bila mereka berjalan bersama, maka anak harus di belakannya

9.

Rela kepada keduanya, sebagaimana anak merasa rela pada dirinya sendiri

10.

Setiap berdoa, anak harus mendoakan ibu bapanya supaya dosa keduanya diampuni Allah. Kata sebahagian ulamak meninggalkan doa untuk ibu bapa akan menyempitkan kehidupan anak itu

   
  Tanggungjawab ibu bapa terhadap anak
1.

Ibu bapa harus memberikan nama anaknya dengan nama yang baik-baik sesudah lahir

2.

Mengajarkan Al-Quran bila ia telah sampai umur baligh

3.

Mengahwinkannya bila telah sampai waktu

   
  KELEBIHAN MENGHUBUNGKAN SILATURRAHIM
 

Di dalam menghubungkan silaturrahim itu menurut Imam Abdul Laits terdapat 10 perkara yang terpuji iaitu:

1.

Mendapat keredhaan Allah kerana Allah amat suka kepada orang yang menghubungkan silaturrahim begitu penduduk langit dan bumi

2.

Mengembirakan orang yang menghubungkan silaturrahim dan orang yang dihubungi, sedangkan amal yang afdhal ialah mengembirakan hati orang yang beriman

3.

Mengembirakan para malaikat kerana mereka amat senang dan gembira dengan menghubungkan silaturrahim

4.

Orang-orang beriman menghormati dan melayaninya dengan baik

5.

Menambahkan kegelisahan iblis

6.

Memanjangkan umur

7.

Membawa berkat pada rezekinya

8.

Kegembiraan bagi mayat-mayat dalam kubur kerana mereka itu senang sekali dengan silaturrahim

9.

Menambahkan rasa kasih sayang dalam pergaulan

10.

Menambahkan pahala amalnya sesudah ia meninggal dunia

   
  PUNCA KEGAGALAN IBU BAPA DALAM MENGURUS KELUARGA
1.

Tidak melaksanakan kewajipan dengan sempurna. Sebagai seorang bapa bukan sekadar memberi nafkah dan memenuhi keperluan hidup sahaja. Tanggapan tugas bapa hanya di luar rumah dan selainnya diserahkan pada isteri boleh menimbulkan rasa tidak puas hati yang menyebabkan hubungan antara mereka menjadi renggang

2.

Tidak bijak menguruskan masa untuk bersama keluarga. Suami isteri yang lebih mementingkan pekerjaan serta karier masing-masing, kerja yang tidak menentu, sisuami kerja malam dan isteri kerja sebelah siang. Suami isteri yang terlalu sibuk hingga jarang-jarang sekali balik rumah

3.

Sikap negatif dari suami isteri atau ibu bapa seperti saling tidak hormat-menghormati, cepat berkecil hati, sering bergaduh dan sebagainya

4.

Pengetahuan agama tidak mendalam, leka mengejar kemewahan dan mengumpul harta

5.

Pasangan suami isteri yang mendirikan rumahtangga dengan niat yang bersimpangan dari tuntutan Islam. Dengan itu mereka yang hendak berumah tangga hendaklah dengan niat yang ikhlas, hanya kerana Allah Taala

6.

Pendapatan sekeluarga yang kecil dan bilangan ahli keluarga yang ramai serta pengurusan perbelanjaan yang tidak teratur juga menjadi puncanya

   
Asmaul Husna

 
 

 

 
 
 
 
 
 
     
 

 

 
     

SK. Mentuan, Jalan Sultan Omar, Kubang Kerian, 16150 Kota Bharu, Kelantan.

Telefon  : 09-7652022, Fax : 09-7642022 / email:skmentuan@yahoo.com