Menu

  Pentadbiran
   » Kurikulum
   » Hal Ehwal Pelajar
   » Ko Kurikulum
  UPSR
  » Analisa
  » Aktiviti
  Profil Sekolah
   » Sejarah
   » Visi
   » Misi
   » Piagam Pelanggan
   » Lencana
   » Bendera
   » Lagu
   » Lokasi
   » Pelan Kawasan

  Staf

  » Guru
   » Kakitangan bukan guru
  PIBG
   » AJK
   » Aktiviti
  Album
   » Aktiviti
   » Panorama
  Arkib
   » Senarai Guru Besar

   » Banner

  Umum

  » Bimbingan & Kaunseling

  » Sudut Pengetahuan Agama

Selamat Datang ke Laman Web SK Mentuan, Terima Kasih

 
Renungan

RENUNGAN

Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan.

 

 

Hari Kebesaran dalam Islam
   
  1 MUHARRAM
i. Penetapan tahun hijriah bagi umat Islam bermula pada masa Khalifah Umar b. Al Khattab r.a. berkuasa, iaitu pada tahun 13-23H atau pada tahun 634-644 M. Beliaulah orang yang mula-mula mengambil daya usaha untuk menetapkan perhitungan tahun ini.
ii. Disunatkan Berpuasa
   
  10 MUHARRAM
i. Dinamakan hari 'Asyura' . Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi pejuang yang gigih dan tabah demi menegakkan keadilan dan kebenaran.
ii. Pada hari ini juga telah berlaku peristiwa :

1.

Nabi Adam bertaubat kepada Allah
2. Nabi Idris diangkat Allah ke langit
3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi tenggelam selama 6 bulan
4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud
5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa
6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara
7. Pemandangan Nabi Yaakub yang kabur dipulihkan Allah
8. Nabi Ayub disembuhkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya
9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus Nun setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam
10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun
11. Kesalahan Nabi Daud diampunkan Allah
12. Nabi Sulaiman dikurnikan Allah kerajaan yang besar
13. Hari Pertama Allah mencipta alam
14. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat
15. Hari Pertama Allah menurunkan hujan
16. Allah menjadikan Arasy
17. Allah menjadikan Lauh Mahfuz
18. Allah menjadikan Qalam
19. Allah menjadikan Malaikat Jibril
20. Nabi Isa diangkat kelangit

iii.

Disunatkan berpuasa
   
  12 RABIUL AWAL
  12 Rabiul Awal bersamaan 20 April 571M adalah hari bersejarah bagi umat Islam di seluruh dunia kerana pada hari itulah Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. dilahirkan ke dunia.
   
  27 REJAB

i.

Hari ini terjadi peristiwa penting dalam sejarah kehidupan Nabi Muhammad s.a.w. yang menakjubkan iaitu Isra' dan Mikraj. Pada malam ini juga baginda difardhukan solat 5 waktu sehari semalam

ii.

Disunatkan berpuasa
   
  15 SYAABAN

i.

Ianya termasuk hari kebesaran Islam kerana banyak mengandungi kelebihan dan juga Allah menurunkan Rahmat-Nya serta memberi pengampunan umum kepada hamba-Nya

ii.

Disunatkan berpuasa
   
  17 RAMADHAN
  Nuzul Al-Quran dimana turunnya ayat Al-Quran yang pertama surah Iqra ayat 1 - 4 di Jabal Nur (Gua Hira')
   
  1 SYAWAL
  Hari Raya Fitrah seluruh umat Islam bagi meraikan kejayaan berpuasa sebulan.
   
  10 ZULHIJJAH

i.

Dinamakan juga Yaumul Adha atau Yaumul Nahar ertinya hari korban. Dinamakan demikian kerana hari itulah Nabi Ibrahim a.s hendak mengorbankan anaknya Nabi Ismail a.s. disebuah tempat di Mina. Akhirnya korban itu telah ditukar kepada seeekor Qibas

ii.

Orang-orang Islam akan berkumpul di Mina untuk menunaikan rukun haji yang kelima (menggunting atau bercukur rambut) dan wajib haji (melontar)
   
Asmaul Husna

 
 

 

 
 
 
 
 
   
 

 

 
     

SK. Mentuan, Jalan Sultan Omar, Kubang Kerian, 16150 Kota Bharu, Kelantan.

Telefon  : 09-7652022, Fax : 09-7642022 / email:skmentuan@yahoo.com