Menu

  Pentadbiran
   » Kurikulum
   » Hal Ehwal Pelajar
   » Ko Kurikulum
  UPSR
  » Analisa
  » Aktiviti
  Profil Sekolah
   » Sejarah
   » Visi
   » Misi
   » Piagam Pelanggan
   » Lencana
   » Bendera
   » Lagu
   » Lokasi
   » Pelan Kawasan

  Staf

  » Guru
   » Kakitangan bukan guru
  PIBG
   » AJK
   » Aktiviti
  Album
   » Aktiviti
   » Panorama
  Arkib
   » Senarai Guru Besar

   » Banner

  Umum

  » Bimbingan & Kaunseling

  » Sudut Pengetahuan Agama

Selamat Datang ke Laman Web SK Mentuan, Terima Kasih

 
Renungan

RENUNGAN

Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan.

 

 

Akta / Enekmen Keluarga Islam
   
  OBJEKTIF PERLAKSANAAN ENEKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM
1. Mempastikan urusan kekeluargaan umat Islam mengikut kehendak Al-Quran dan Sunnah.
2. Menentukan pengurusan kekeluargaan umat Islam lebih berkesan dan teratur.
3. Meningkatkan maruah dan maruah martabat cara hidup kekeluargaan Islam.
   
  PERKAHWINAN
  a) Permohonan Kahwin;
       Bagi setiap umat Islam yang ingin berkahwin mestilah membuat permohonan dengan Penolong Pendaftar Nikah yang terdapat di tempat kediaman masing-masing. Biasanya imam-imam yang terdapat di setiap masjid adalah ditauliahkan sebagai Penolong Pendaftar Nikah. Semasa mengemukakan borang permohonan nikah, pemohon mestilah mem:
1. Dua orang saksi
2. Surat Pengesahan Majikan
3. Surat cerai bagi duda/janda atau surat mati suami/isteri.
4. Kad perakuan memeluk Islam bagi saudara baru
5. Pemohon perempuan mestilah mendapatkan persetujuan wali.
6. Surat sumpah (jika diperlukan)
7. Kad Pengenalan
   
      Jika ia melibatkan warganegara asing, syarat tambahan akan dikenakan iaitu:
1. Surat kebenaran dari kedutaannya
2. Dokumen perjalanan yang sah
   
  b) Tempat Akad Nikah
       Majlis akad nikah hendaklah diadakan di tempat perempuan itu bermastautin. Oleh itu permohonan pihak lelaki yang telah lengkap diisi dan diluluskan oleh Pendaftar Kadi hendaklah diserahkan kepada pihak perempuan untuk disatukan permohonan itu dan diserahkan semula kepada juru nikah.
   
  c)  Wali Hakim
      Perempuan yang hendak berkahwin hendaklah mempunyai wali sah mengikut tertib susunan wali. Bagi yang tidak mempunyai wali, maka mereka dinikahkan secara wali hakim (imam yang dilantik oleh raja atau pemerintah setempat)
   
  d)  Perkahwin di bawah umur
       Di Wilayah Persekutuan, perkahwinan di bawah umur 16 tahun bagi perempuan dan 18 tahun bagi lelaki mestilah mendapat kelulusan dari Mahkamah Syariah
   
  e)  Permohonan berpoligami
       Lelaki yang ingin berpoligami hendaklah membuat permohonan ke Mahkamah Syariah di daerah isterinya tinggal. Mahkamah Syariah akan membuat pertimbangan ke atas permohonan suami itu dari setiap segi contohnya:
1. Keuzuran isteri yang sedia ada
2. Mempunyai kemampuan
3. Pemohon mampu memberi layanan yang adil kepada isteri-isterinya
4. Perkahwin itu tidak akan memudharatkan isteri-isterinya
       Kelulusan berpoligami adalah hak mutlak Mahkamah Syariah sama ada pemohon itu layak berpoligami atau tidak.
   
  f)  Perkahwinan Luar Negeri
       Setiap pemohon yang hendak berkahwin di luar dari Malaysia mestilah terlebih dahulu mendapat kelulusan dari pejabat kadi di tempat tinggalnya. Kemudian sekembali ke Malaysia ia hendaklah mendaftarkan semula perkahwinannya itu.
   
  g) Kedudukan Perkahwinan Non-Muslim Selepas Memeluk Islam
      Selepas pasangan suami isteri non-muslim memeluk Islam, maka perkahwinannya sebelum  memeluk Islam itu dianggap sah oleh Islam dan dikehendakki mendaftarkan semula perkahwinnya itu untuk dikeluarkan surat nikah yang baru. Sekiranya cuma salah seorang saja yang memeluk Islam, maka perkahwinan mereka dengan sendirinya terfasakh(putus) setelah disahkan oleh Mahkamah Syariah. Sekiranya yang seorang lagi memeluk Islam dalam tempoh iddah, maka mereka dianggap pasangan suami isteri yang sah jika mereka mahu.
   
  PERCERAIAN
  a) Kebenaran
       Perceraian yang dibuat tanpa kebenaran mahkamah adalah menjadi kesalahan dan ia boleh didenda hingga RM1000.00 atau 6 bulan penjara atau kedua-duanya sekali. Oleh itu pasangan yang hendak bercerai mestilah melaporkan ke Mahkamah Syariah untuk didaftarkan.
   
  b)  Permohonan Cerai
       Bagi pasangan suami isteri yang mampu alami masalah rumahtangga dan berkemungkinan mahu bercerai maka mereka hendaklah membuat aduan dan mengemukakan masalah mereka kepada Unit Perunding dan Pembangunan Keluarga, Jabatan Agama di tempat masing-masing. Peranan unit ini adalah untuk mendamai dan menyelamatkan rumahtangga tersebut. Jika tiada jalan keluar, maka kes itu akan di bawa ke Mahkamah Syariah untuk mencari  jalan keluar terakhir.
   
  c)  Jenis-jenis Perceraian
1. Perceraian biasa. Mahkamah akan memerintahkan suami melafazkan cerai pada isterinya jika isteri mahu bercerai setelah usaha perdamaian menemui jalan buntu.
2. Perceraian Khuluq(tebus talak). Berlaku atas kehendak isteri dengan menawarkan bayaran tertentu kepada suami dan ia besetuju di atas bayaran tersebut.
3. Perceraian Taaliq (perjanjian suami pada isterinya). Biasanya berlaku selepas akad nikah suami akan menbaca lafaz taaliq seperti:
    * Suami tidak boleh meninggalkan isterinya lebih dari 4 bulan berturut-turut.
    * Suami tidak memberi nafkah lebih dari 4 bulan.
    * Suami menyeksa/menganiyai isteri.
  Jika suami melanggar perjanjian itu ini, isteri bolehlah meminta cerai dari suaminya.
4. Perceraian Fasakh(membubar ikatan perkahwinan). Seseorang isteri bolehlah meminta Fasakh dari Mahkamah Syariah jika isteri mempunyai alasan tertentu seperti:
    * Suami menghilang tanpa berita
    * Suami gila atau berpenyakit kelamin
   
  d) Hak-hak Isteri Yang Perlu Dituntut Selepas Perceraian.
  Isteri boleh menuntut:
1. Nafkah Iddah;
  Isteri dibenarkan menuntut nafkah semasa dalam iddah jika perceraian itu berpunca dari suami dan isteri pula tidak melakukan nusyuz
   
2. Muta'ah;
  Pembayaran saguhati yang wajib diberi oleh suami jika perceraian itu berpunca darinya
   
3. Hak penjagaan anak-anak yang belum mumaiyyiz(bawah umur 7 tahun);
  Maka anak-anak itu di bawah jagaan ibu. Kalau anak itu telah mencapai Mumaiyyiz, maka anak itu diberi pilihan sama ada mahu tinggal dengan bapa atau ibunya.
   
4. Nafkah pada anak-anak;
  Bapa wajib menyara perbelanjaan anak-anak itu sehingga mereka boleh berdikari. Kalau anak itu perempuan sehingga ia berkahwin.
   
5. Harta Sepencarian;
  Ialah harta yang didapati dan diperolehi dalam tempoh perkahwinan. Seseorang isteri yang tidak bekerja berhak juga menuntut harta itu.
   
6. Tunggakan hutan;
  Isteri boleh menuntut hutangnya dari suami seperti hutang nafkah, pinjaman biasa, hutang mas kahwin dan sebagainya. Dalam kes tuntutan ke atas hak-hak tersebut adalah lebih baik menggunakan Peguam Persendirian atau Biro Bantuan Guaman.
   
  e)  Kesalahan-kesalahan
       Bagi mereka yang membuat kesalahan yang berlawanan dengan kehendak Akta Enekmen Undang-undang Keluarga Islam, maka mereka boleh didenda RM1000.00 atau 6 bulan penjara atau kedua-duanya. Perkara yang menjadi kesalahan :
1. Memberi butiran palsu semasa membuat permohonan kahwin
2. Poligami tanpa kebenaran
3. Perceraian yang dibuat di luar mahkamah tanpa kebenaran mahkamah
4. Tidak membuat laporan mengenai hal-hal perkahwinan, perceraian dan rujuk
5. Suami meninggalkan terus isterinya
6. Suami menganiayai isteri
7. Suami tidak memberi keadilan yang sewajarnya kepada isteri
8. Isteri tidak menurut perintah
9. Enggan mematuhi perintah mahkamah
10. Bersubahat
   
  PENGELUARAN SIJIL CERAI
       Sijil cerai hanya dikeluarkan selepas bekas isteri tamat tempoh iddahnya.

 

 

Asmaul Husna

 
 

 

 
 
 
 
 
     

SK. Mentuan, Jalan Sultan Omar, Kubang Kerian, 16150 Kota Bharu, Kelantan.

Telefon  : 09-7652022, Fax : 09-7642022 / email:skmentuan@yahoo.com