Menu

  Pentadbiran
   » Kurikulum
   » Hal Ehwal Pelajar
   » Ko Kurikulum
  UPSR
  » Analisa
  » Aktiviti
  Profil Sekolah
   » Sejarah
   » Visi
   » Misi
   » Piagam Pelanggan
   » Lencana
   » Bendera
   » Lagu
   » Lokasi
   » Pelan Kawasan

  Staf

  » Guru
   » Kakitangan bukan guru
  PIBG
   » AJK
   » Aktiviti
  Album
   » Aktiviti
   » Panorama
  Arkib
   » Senarai Guru Besar

   » Banner

  Umum

  » Bimbingan & Kaunseling

  » Sudut Pengetahuan Agama

Selamat Datang ke Laman Web SK Mentuan, Terima Kasih

 
Renungan

RENUNGAN

Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan.

 

 

Sejarah Hari dan Umrah
 
     Bagi memahami ibadah Haji secara mendalam kita tidak dapat lari dari mengimbas kembali sumbangan Nabi Allah Ibrahim A.S dalam memperjuangkan agama Allah. Hal ini dibuktikan apabila disunatkan seseorang itu bersembahyang di  makamnya ketika menunaikan haji. Kebanyakkan ibadah haji ada kaitanya secara langsung dengan sejarah dakwah baginda dan ahli keluarganya.
    
     Mekah ketika tahun 2500 sebelum masehi merupakan satu kawasan gurun yang lapang tidaka berpenghuni. Setelah timbulnya telaga Zam-Zam yang diriwayatkan terjadi hasil hentakkan kaki Nabi Ismail A.S yang masih bayi ketika itu.
 
     Mekah telah berkembang menjadi sebuah kota. Saie adalah untuk memperingati perbuatan Siti Hajar yang berlari dari bukit ke satu bukit (Safa dan Marwah) untuk melihat dari atasnya kalau adalah khalifah yang lalu, yang mungkin dapat menyelamatkan anaknya Ismail yang sedang menangis dahaga. Beliau telah berlari secara ulang-alik sebanyak 7 kali.
 
     Menurut sesetengah riwayat Nabi Adam A.S dahulunya ada membina sebuah tempat beribadat di situ tetapi telah pun musnah. Dengan petunjuk Allah Taala, Nabi Ibrahim A.S bersama anaknya Nabi Ismail A.S membina Kaabah di atas tapak yang sama yang kemudiannya menjadi Kiblat bagi seluruh umat Islam. Semenjak itu Mekah telah berkembang menjadi sebuah bandaar yang ramai penduduknya dan juga pusat ibadah terutama ibadah haji.
 
     Hari raya haji/korban juga diraikan sempena memperingati keteguhan iman Nabi Ibrahim A.S, anaknya Nabi Ismail A.S dan isterinya Siti Hajar dalam menghadapi ujian Allah Taala. Diriwayatkan Nabi Ibrahim A.S. dalam mimpinya telah diarahkan untuk menyembelih anaknya yang tersayang sebagai korban. Berbekalkan kecintaannya yang amat tinggi kepada Allah Taala, baginda bersetuju untuk mengorbankan anaknya itu. Nabi Ismail A.S. dan Siti Hajar pula dengan rela hati mematuhi perintah Allah Taala ini. Walau bagaimanapun berkat ketaqwaan mereka akhirnya  Allah Taala telah menukarkan korbannya itu dengan seekor Qibas (Sejenis kambing). Upacara ini seterusnya dipraktikkan oleh umat Islam hingga ke hari ini apabila tiba bulan haji.
 
     Melontar batu di tiga jumrah yang merupakan salah satu perkara wajib haji yang juga dikaitkan dengan peristiwa ini. Iblis yang telah bersumpah senagai musuh umat Islam hingga ke hari Qiamat telah cuba menggoda ketiga tokoh ini. Dia menjelma dalam bentuk manusia dan menemui Nabi Ibrahim A.S.dan cuba menimbulkan keraguan akan kebenaran mimpinya.
 
     Melalui Siti Hajar pula dia cuba mempermainkan perasaannya sebagai seorang ibu yang menyayangi anak tunggalnya. Melalui Nabi Ismail A.S. dia cuba memenangi hatinya agar membantah kehendak bapanya. Usaha nya sebanyak 7 kali ke atas setiap tokoh ini agar membantah perintah Allah tidak berjaya. Sebaliknya mereka telah membalingnya dengan batu setiap kali menjelma di hadapan mereka.
 
Asmaul Husna

 
 

 

 
 
 
 
 
 
     
 

 

 
     

SK. Mentuan, Jalan Sultan Omar, Kubang Kerian, 16150 Kota Bharu, Kelantan.

Telefon  : 09-7652022, Fax : 09-7642022 / email:skmentuan@yahoo.com