Menu

  Pentadbiran
   » Kurikulum
   » Hal Ehwal Pelajar
   » Ko Kurikulum
  UPSR
  » Analisa
  » Aktiviti
  Profil Sekolah
   » Sejarah
   » Visi
   » Misi
   » Piagam Pelanggan
   » Lencana
   » Bendera
   » Lagu
   » Lokasi
   » Pelan Kawasan

  Staf

  » Guru
   » Kakitangan bukan guru
  PIBG
   » AJK
   » Aktiviti
  Album
   » Aktiviti
   » Panorama
  Arkib
   » Senarai Guru Besar

   » Banner

  Umum

  » Bimbingan & Kaunseling

  » Sudut Pengetahuan Agama

Selamat Datang ke Laman Web SK Mentuan, Terima Kasih

 
Renungan

RENUNGAN

Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan.

 

 

Rahsia Bulan-bulan Tahun Hijrah
   
  Adapun nama bulan-bulan Islam yang 12 seperti yang dimaksudkan oleh Firman Allah dalam surah At Taubah ayat 36 ialah :
   
1. MUHARRAM
  Ertinya yang diharamkan atau dipantangkan kerana dalam bulan ini dilarang menumpahkan darah. Larangan ini berjalan terus sampai datangnya permulaan Islam yang telah memansuhkannya (Al-Baqarah ayat 91)
   
2. SAFAR
  Ertinya kosong atau kuning. Dalam bulan semua lelaki bangsa Arab dahulu keluar meninggalkan rumah sama ada berperang, berniaga, mengembara dan sebagainya.
   
3. RABI'UL AWAL
  Rabi' ertinya menetap. Awal ertinya pertama. Dalam bulan ini semua lelaki yang tadinya meninggalkan rumah sudah kembali berada dirumah masing-masing.
   
4. RABI'UL AKHIR
  Rabi' ertinya menetap. Akhir ertinya penghabisan. Dalam bulan ini semua lelaki yang tadinya meninggalkan rumah sudah kembali berada dirumah masing-masing.
   
5. JUMADIL AWAL
  Ertinya kering atau beku. Dalam bulan orang Arab zaman dahulu mengalami kekeringan air atau air menjadi beku. Parit, sumur, sungai dan lembah menjadi kering.
   
6. JUMADIL AKHIR
  Ertinya penghabisan atau beku penghabisan. Mereka telah mengalami kekeringan air untuk kali terakhir.
   
7. REJAB
  Ertinya mulia. Bangsa Arab dahulu memuliakan bulan ini dengan empat cara iaitu;

i.

Tanggal 1 Rejab mereka menyembelih anak unta sebagai korban.
ii. Tanggal 10 Rejab mereka kembali menyembelih korban tetapi tidak lagi anak unta. Amalan ini telah dibatalkan dengan kedatangan Islam
iii. Diharamkan berperang, setelah kedatangan Islam larangan ini telah dibatalkan.
iv. Tanggal 1 Rejab mereka akan buka pintu Kaabah siang dan malam agar dapat beribadat sepuasnya.
   
8. SYAABAN
  Ertinya berserak-serak. Dalam bulan orang Arab zaman dahulu berserak ke lembah-lembah mencari air disebabkan kekeringan air. Dinamakan juga berserak untuk mencari kebajikan.
   
9. RAMADHAN
  Ertinya panas terik atau terbakar. Cuaca pada bulan ini di Jazirah Arab sangat terik hingga orang berjalan kaki di padang pasir tanpa alas pastinya melecur. Sabda Nabi s.a.w. "Bulan ini juga dapat membakar dosa-dosa yang lalu"
   
10. SYAWAL
  Ertinya naik. Pada bulan ini bila orang Arab hendak naik unta dipukulnya belakang untuk lalu ekornya naik sedangkan pada bulan lain tidaklah demikian
   
11. DZULQA'DAH
  Dzul ertinya yang empunya. Qa'dah ertinya duduk. Bulan ini semua lelaki tinggal di rumah, tiada yang bermusafir atau mengembara
   
12. DZULHIJJAH
  Dzul ertinya yang empunya. Hijjah ertinya haji. Dalam bulan inilah umat manusia sejak Nabi Adam a.s melakukan ibadah haji
   
Asmaul Husna

 
 

 

 
 
 
 
 
   
 

 

 
     

SK. Mentuan, Jalan Sultan Omar, Kubang Kerian, 16150 Kota Bharu, Kelantan.

Telefon  : 09-7652022, Fax : 09-7642022 / email:skmentuan@yahoo.com