Menu

  Pentadbiran
   » Kurikulum
   » Hal Ehwal Pelajar
   » Ko Kurikulum
  UPSR
  » Analisa
  » Aktiviti
  Profil Sekolah
   » Sejarah
   » Visi
   » Misi
   » Piagam Pelanggan
   » Lencana
   » Bendera
   » Lagu
   » Lokasi
   » Pelan Kawasan

  Staf

  » Guru
   » Kakitangan bukan guru
  PIBG
   » AJK
   » Aktiviti
  Album
   » Aktiviti
   » Panorama
  Arkib
   » Senarai Guru Besar

   » Banner

  Umum

  » Bimbingan & Kaunseling

  » Sudut Pengetahuan Agama

Selamat Datang ke Laman Web SK Mentuan, Terima Kasih

 
Renungan

RENUNGAN

Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan.

 

 

Rahsia Hari-hari dalam Islam
   
  Dalam kalendar hijriah, nama hari-hari yang tujuh itu ialah : Ahad ertinya Satu, Isnin ertinya Dua, Selasa ertinya Tiga, Arba'a ertinya Empat, Khamis ertinya Lima, Jumu'ah ertinya berhimpunan dan Sabtu ertinya Memotong.
   
  Di kalangan bangsa Arab kuno nama hari yang tujuh itu lebih terkenal dengan Awwal, Ahwanu, Jabbar, Dabbar, Muannas, U'rubah dan Syiar.
   
  Adapun peristiwa yang berlaku pada hari yang tujuh itu seperti beriktu:
   
  AHAD ; Pada hari ini
a. Allah menjadikan alam
b. Allah menjadikan bintang-bintang
c. Allah menjadikan api neraka
d. Allah menjadikan bumi yang tujuh
e. Allah menjadikan lautan yang tujuh
f. Allah menjadikan anggota manusia yang tujuh
g. Allah menjadikan hari yang tujuh
   
  ISNIN ; Pada hari ini
a. Nabi Idris a.s.dinaikkan Allah ke langit
b. Nabi Musa a.s. mengunjungi bukit Tursina
c. Bukti keEsaan Allah diturunkan
d. Junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w dilahirkan
e. Wahyu pertama diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w
f. Rasulullah s.a.w. wafat
   
  SELASA ; Pada hari ini
a. Nabi Yahya a.s. dibunuh
b. Nabi Zakaria a.s. dibunuh
c. Tukang-tukang sihir Firaun ditewaskan
d. Asiah isteri Firaun mati dibunuh
e. Lembu kaum Bani Israel dibunuh
f. Habil dibunuh Qabil
   
  RABU ; Pada hari ini
a. Qarun hancur binasa
b. Firaun dan tenteranya hancur binasa
c. Raja Namrud ditewaskan nyamuk
d. Umat Nabi Soleh a.s. dihancurkan dengan teriakkan keras Malaikat Jibril
e. Syadad Bin Ad musnah
f. Umat Nabi Hud a.s. dihancurkan Allah dengan angin taufan
   
  KHAMIS ; Pada hari ini
a. Nabi Ibrahim a.s. memasuki kerajaan Mesir
b. Saudara-saudara Nabi Yusuf a.s. menemuinya
c. Bunyamin mengunjungi Nabi Yusuf a.s. di Mesir
d. Nabi Yaakub a.s. bertemu anaknya Nabi Yusuf a.s. di Mesir
e. Nabi Musa a.s. memasuki Mesir
f. Nabi Muhammad s.a.w. memasuki Mekah
   
  JUMAAT ; Pada hari ini
a. Nabi Adam a.s. berkahwin dengan Hawa
b. Nabi Yusuf a.s. berkahwin dengan Zulaikha
c. Nabi Musa a.s. berkahwin dengan Safurah anak Nabi Syuib a.s.
d. Nabi Sulaiman a.s. berkahwin dengan Puteri Balqis
e. Rasulullah s.a.w. berkahwin dengan Khadijah dan Aisyah
f. Ali bin Abi Talib r.a. berkahwin dengan Fatimah
   
  SABTU ; Pada hari ini
a. Nabi Nuh a.s. diperolok oleh kaumnya
b. Nabi Soleh a.s. ditipu oleh kaumnya
c. Nabi Yusuf a.s. ditipu oleh sandaranya
d. Nabi Musa a.s. ditindas Firaun
e. Nabi Isa diperdayakan oleh kaum Yahudi
f. Nabi Muhammad s.a.w. menjadi pengerusi di sidang Darul Nadwah.
   
  Diantara hari yang tujuh, hari Jumaat lah banyak mengandungi kelebihan dan keutamaan yang merupakan Penghulu Segala Hari.
   
  Wallahu A'lam
   
Asmaul Husna

 
 

 

 
 
 
 
 
   
 

 

 
     

SK. Mentuan, Jalan Sultan Omar, Kubang Kerian, 16150 Kota Bharu, Kelantan.

Telefon  : 09-7652022, Fax : 09-7642022 / email:skmentuan@yahoo.com