Menu

  Pentadbiran
   » Kurikulum
   » Hal Ehwal Pelajar
   » Ko Kurikulum
  UPSR
  » Analisa
  » Aktiviti
  Profil Sekolah
   » Sejarah
   » Visi
   » Misi
   » Piagam Pelanggan
   » Lencana
   » Bendera
   » Lagu
   » Lokasi
   » Pelan Kawasan

  Staf

  » Guru
   » Kakitangan bukan guru
  PIBG
   » AJK
   » Aktiviti
  Album
   » Aktiviti
   » Panorama
  Arkib
   » Senarai Guru Besar

   » Banner

  Umum

  » Bimbingan & Kaunseling

  » Pengetahuan Agama

Selamat Datang ke Laman Web SK Mentuan, Terima Kasih

 
Renungan

RENUNGAN

Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan.

 

 

Selayang Pandang
   
  ORANG YANG BERHAK MENERIMA ZAKAT
       Juga disebut asnaf lapan;
1. Fakir;
  Hidup dalam keadaan sengsara
   
2. Miskin;
  Hasilnya tidak menentu
   
3. Amil;
  Pengurus zakat
   
4. Muallaf;
  Orang yang baru memeluk Islam
   
5. Hamba
   
6. Fiisabiilillah;
  Orang yang berjuang menegakkan Agama Allah
   
7. Ibnu Sabil;
  Orang musafir yang kehabisan bekalan
   
8. Gharim;
  Orang yang disempitkan dengan hutang
   
  PERISTIWA DI MAHSYAR
 

     Setelah semua manusia dibangkitkan (dihidupkan semula) di Padang Mahsyar nanti mereka akan mengalami

   
1. Hisab;
 

Perhitungan atau keputusan Allah Taala kepada manusia tentang amalnya yang baik ataupun yang buruk sebagai balasan usahanya di dunia

   
2. Mizan;
 

Timbangan. Setelah selesai semua perhitungan amalan, lalu amalan itu akan ditimbang sama ada amalan baik atau buruk. Jika amalan baik lebih berat ia akan masuk syurga tetapi jika sebaliknya ia akan masuk neraka

   
3. Shirat;
 

Titian iaitu merupakan jambatan yang menuju ke syurga dan ke neraka. Semua manusia diperintahkan melalui titian ini. Siapa yang baik amalannya ia dengan mudah melintasinya tetapi bagi yang buruk amalannya ia akan terjatuh ke dalamnya

   
4. Neraka;
 

Tempat menerima azab yang amat dahsyat disediakan bagi orang-orang yang engkar kepada Allah Taala

   
5. Syurga;
 

Taman atau kebun. Merupakan tempat manusia menerima anugerah daripada Allah atas segala usaha yang dikerjakan selama hidupnya di dunia ini

   
  JENIS-JENIS GOLONGAN MANUSIA
   
1. Orang Beriman;
 

Orang  yang mempercayai dengan penuh keyakinan bahawa apa-apa yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. adalah benar datangnya dari Allah Taala. Segala pengetahuan yang diperolehinya digunakan untuk menguatkan iman yang ada di dalam kalbu(hati)

   
2. Orang Islam;
 

Orang yang tunduk dan patuh segala sesuatu yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w.. Ia mengerjakan segala yang diperintahkan dan meninggalkan segala yang dilarang

   
3. Orang Kafir;
 

Orang yang mengengkari kebenaran Agama Islam, tidak mengetahui ke-Esaan Allah Taala dan kerasulan Nabi Muhammad s.a.w. Orang kafir boleh memeluk Agama Islam jika ia yakin akan ke-Esaan Allah Taala dan kebenaran Rasulullah s.a.w. dibuktikan dengan mengucapkan dua kalimah syahadah

   
4. Orang Murtad;
 

Orang yang telah keluar dari Agama Islam baik secara langsung atau tidak. Sama ada ia menganut agama lain atau kembali kepada agama asalnya ataupun tidak menganut mana-mana agama. Orang murtad akan gugur segala amalan baiknya dan dimasukkan ke dalam neraka

   
5. Orang Munafiq;
 

Orang yang pada zahirnya beragama Islam tetapi hatinya tidak beriman. Atau boleh juga dikatakan orang yang berpura-pura beragama Islam tetapi hatinya tidak sama dengan apa yang diucapkannya

   
6. Orang Syirik;
 

Orang yang menyekutukan Allah Taala atau menganggap Allah itu sama dengan sesuatu kejadian apabila dilihatnya sesuatu itu ganjil

   
7. Orang Fasik;
 

Orang yang keluar dari jalan kebenaran dan tidak mempedulikan perintah Allah Taala

   
  ADAB MEMBACA AL-QURAN
1.

Membersihkan badan dan pakaian serta mengambil wuduk. Mengambil dan mengangkat Al-Quran dengan tangan kanan

2.

Membaca Al-Quran di tempat yang bersih dan suci seperti rumah, surau, masjid dan sebagainya. Yang paling utamanya ialah masjid

3.

Menghadap ke Qiblat, membacanya dengan khusyuk dan tenang

4.

Membersihkan mulut dari sisa makanan dan bau

5.

Memulakan bacaan dengan membaca "Ta'auwwuz." kemudian disusuli dengan "Basmalah" serta membaca Ummul Kitab (Al-Fatihah)

6.

Membacanya dengan tartil. Bacaan yang perlahan-lahan dan tenang

7.

Membaca dengan penuh perhatian dan memikirkan tentang ayat-ayat yang dibaca serta cuba memahami maksudnya

8.

Bacaannya hendaklah benar-benar meresap ke dalam hati, terutama pada ayat-ayat yang menggambarkan tentang nasib orang-orang yang berdosa serta melanggar perintah Allah Taala

9.

Membacanya dengan suara yang indah lagi merdu

10.

Tidak diselang seli dengan perbualan, bermain-main atau ketawa. hendaklah diteruskan bacaan sampai ke ayat yang ditentukan barulah disudahi (akhir ayat)

   
  TUGAS-TUGAS MALAIKAT
1.

Malaikat Jibril a.s;

 

Bertugas menjadi utusan Allah untuk menyampaikan wahyu kepada para nabi dan rasul bagi seluruh umat manusia

   
2.

Malaikat Mikail a.s;

 

Bertugas mengurus hujan dan menghantar rezeki kepada seluruh makhluk yang bernyawa

   
3.

Malaikat Israfil a.s;

 

Bertugas membunyikan nafakah  atau serunai sangkakala sebanyak dua kali. Tiupan pertama mematikan makhluk, tiupan kedua menghidupkan segala yang mati kemudian menuju ke Padang Mahsyar

   
4.

Malaikat Izrail a.s;

 

Bertugas mencabut nyawa segala makhluk yang hidup

   
5.

Malaikat Raqib a.s;

 

Bertugas menulis segala perbuatan yang baik dari golongan jin dan manusia

   
6.

Malaikat Atid a.s;

 

Bertugas menulis segala perbuatan yang jahat dari golongan jin dan manusia

   
7.

Malaikat Munkar a.s;

 

Bertugas untuk menanyakan amalan baik dan jahat kepada seluruh manusia yang telah mati ketika berada di dalam kubur

   
8.

Malaikat Nakir a.s;

 

Bertugas untuk menanyakan amalan baik dan jahat kepada seluruh manusia yang telah mati ketika berada di dalam kubur

   
9.

Malaikat Malik a.s;

 

Bertugas menjaga neraka

   
10

Malaikat Ridhwan a.s;

  Bertugas menjaga syurga
 

 

  15 TEMPAT SUJUD SAJADAH (SUJUD TILAWAH)
   
1. Surah Al-A'araf      - ayat 206
2. Surah Ar-Ra'd        - ayat 15
3. Surah An-Nahl       - ayat 50
4. Surah Al-Israa'       - ayat 109
5. Surah Maryam       - ayat 58
6. Surah Al-Hajj         - ayat 18
7. Surah Al-Hajj         - ayat 77
8. Surah Al-Furqan     - ayat 60
9. Surah Al-Naml       - ayat 26
10. Surah As-Sajadah  - ayat 15
11. Surah As-Shaad     - ayat 24
12. Surah Fushshilat    - ayat 38
13. Surah An-Najm      - ayat 62
14. Surah Al-Insyiqaq   - ayat 21
15. Surah Al-Alaq        - ayat 19
   
Asmaul Husna

 
 

 

 
 
 
 
 
     

SK. Mentuan, Jalan Sultan Omar, Kubang Kerian, 16150 Kota Bharu, Kelantan.

Telefon  : 09-7652022, Fax : 09-7642022 / email:skmentuan@yahoo.com