Menu

  Pentadbiran
   » Kurikulum
   » Hal Ehwal Pelajar
   » Ko Kurikulum
  UPSR
  » Analisa
  » Aktiviti
  Profil Sekolah
   » Sejarah
   » Visi
   » Misi
   » Piagam Pelanggan
   » Lencana
   » Bendera
   » Lagu
   » Lokasi
   » Pelan Kawasan

  Staf

  » Guru
   » Kakitangan bukan guru
  PIBG
   » AJK
   » Aktiviti
  Album
   » Aktiviti
   » Panorama
  Arkib
   » Senarai Guru Besar

   » Banner

  Umum

  » Bimbingan & Kaunseling

  » Sudut Pengetahuan Agama

Selamat Datang ke Laman Web SK Mentuan, Terima Kasih

 
Renungan

RENUNGAN

Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan.

 

 

Rukun Islam dan Rukun Iman
   

۩

Rukun Islam
   

1.

MENGUCAP DUA KALIMAH SYAHADAH
  "Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Nya".
   
  Dengan Syahadah, kita mengabdikan diri dengan hati sanubari dan dengan pengakuan lidah bahawa Tuhan yang Maha Esa itu adalah Allah Taala dan Nabi Muhammad itu adalah pesuruhNya.
   

2.

SOLAT LIMA WAKTU SEHARI SEMALAM
  Dengan sembahyang, kita mengabdikan seluruh tubuh badan kita menyembah kepada-Nya. Mulai dari lidah membaca, tangan bergerak, mata telingadan fikiranvberpusat dengan susunan rukun sembahyang yang diajar oleh RasululLah s.a.w.
   
3. MENGELUARKAN ZAKAT
  Dengan zakat, kita mengabdikan kepada Allah dengan menyerahkan sebahagian dari harta milik kita kepada mereka yang berhak menerimanya.
   
4. BERPUASA DALAM BULAN RAMADHAN
  Dengan berpuasa, kita mengabdikan hawa nafsu dan segala keinginan kita kepada Allah dengan menahan nafsu makan dan minum serta menjauhkan larangan-Nya. Ini secara langsung akan melahirkan rasa keinsafan serta meningkatkan ketaqwaan kepada Allah Taala.
   
5. MENGERJAKAN HAJI DI BAITULLAH
  Dengan mengerjakan haji, kita menyembah Allah dengan harta kekayaan milik kita dan mengunjungi ke Baitullah kepada mereka yang mempunyai kemampuan sekurang-kurangnya sekali dalam hidup.
   

۩

Rukun Iman
   
1. PERCAYA KEPADA ALLAH TAALA
  Dengan Iman , kita membulatkan keyakinan dan menunjukkan diri serta hati kita hanya kepada-Nya. Secara positif kita menuju Tauhid yang semurni-murninya dan kita menolak segala bentuk pemujaan kepada selain Allah Taala
   
2. PERCAYA KEPADA MALAIKAT-MALAIKAT
  Dengan Iman kita mempercayai adanya makhluk ghaib yang bernama malaikat yang menjalankan tugasnya mengikut perintah Allah. Kita percaya kepada alam ghaib yang dinyatakan oleh Allah dan menolak segala bentuk benda ghaib yang tidak dinyatakan oleh Allah
   
3. PERCAYA KEPADA KITAB-KITAB
  Dengan beriman kepada kitab-kitab suci, kita mempercayai adanya kitab-kitab yang Allah yang memimpin manusia, kitab-kitab yang wajib dipercayai ialah  Zabur, Taurat, Injil dan Al Quran
   
4. PERCAYA KEPADA NABI-NABI DAN RASUL-RASUL
  Dengan beriman kepada Nabi-nabi dan Rasul-rasul, kita mempercayai adanya manusia pilihan yang diutuskan oleh Allah untuk memberi petunjuk, yang diakhiri oleh Nabi Muhammad s.a.w.
   
5. PERCAYA KEPADA HARI KIAMAT
  Dengan Iman, kita mempercayai bahawa disebalik kehidupan di dunia yang fana ini masih ada lagi kehidupan yang abadi dan berkekalan iaitu suatu tempat penentuan kedudukan manusia sama ada di Syurga atau Neraka.
   
6. PERCAYA KEPADA QADA' DAN QADAR
  Dengan beriman qada' dan qadar, kita mempercayai bahawa di samping kita berusaha dan merancang akan kehidupan di dunia ini, Allah telah menentukan segala sesuatu itu dan terletak di dalam kekuasaan-Nya.

 

Asmaul Husna

 
 

 

 
 
 
 
 
 
     
 

 

 
     

SK. Mentuan, Jalan Sultan Omar, Kubang Kerian, 16150 Kota Bharu, Kelantan.

Telefon  : 09-7652022, Fax : 09-7642022 / email:skmentuan@yahoo.com